Kerencaman SEZ Johor-SG akan lindungi pelbagai industri dari ketegangan perang dagang global
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Zamzahuri Abas)
ISKANDAR PUTERI: Kepelbagaian industri yang dikenal pasti bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (SEZ) dan tenaga kerja yang berdaya tahan akan membantu SEZ menangani sebarang ketidaktentuan daripada ketegangan perdagangan antara Amerika dengan China, kata Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.
Bercakap kepada CNA dalam satu temu bual ekslusif pada Jumaat (7 Feb), iaitu genap sebulan selepas Singapura dan Malaysia memeterai perjanjian SEZ tersebut, Encik Onn Hafiz menekankan keutamaan Johor kini adalah untuk memberi tumpuan kepada pelaksanaan dasar-dasar zon berkenaan serta menarik pelabur supaya ia dapat melengkapi kekuatan ekonomi Singapura dan Lembah Klang di Malaysia.
"Saya rasa jika anda lihat pada sektor-sektor yang dikenal pasti, terdapat gambaran jelas bahawa kita sedang mempelbagaikan industri, saya rasa ini dapat bantu menangani ketidaktentuan yang berlaku di seluruh dunia," katanya.
"Dan pada masa yang sama, kita meletakkan banyak usaha dari segi (mengasah) bakat-bakat kita. Dan saya rasa dengan tenaga kerja yang berdaya tahan, dengan memberikan mereka latihan dan pendidikan yang betul, kita dapat menempuhi (cabaran perang dagang global) dengan baik," katanya.
"Saya melihat JS SEZ ini sebenarnya bukan menyaingi, tapi sebaliknya, melengkapi.
"Bukan sahaja ekonomi dan pembangunan Kuala Lumpur, tetapi juga Singapura.
"Jadi, sudah tiba tepat pada masanya - di mana saya rasa kerjasama yang baik antara Johor, Singapura dan Kuala Lumpur akan menjadi pemangkin untuk mengembangkan lagi ekonomi untuk Singapura dan Malaysia," tambah Encik Onn Hafiz dalam temu bual bersama CNA.
Para ahli ekonomi telah memberi amaran bahawa tarif perdagangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump - di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang memuncak - boleh mencetuskan perubahan kekal terhadap rantaian bekalan dan Malaysia mungkin mengalami kesan limpahan.
Pada 1 Februari lalu, Encik Trump mengarahkan supaya tarif 25 peratus dikenakan ke atas import dari Kanada dan Mexico.
Beliau juga mengenakan tarif 10 peratus ke atas China di samping bayaran levi yang sudahpun berkuat kuasa.
Namun, Mexico dan Kanada kemudian menyatakan bahawa Encik Trump bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan tarif itu selama 30 hari sebagai pertukaran untuk konsesi mengenai penguatkuasaan sempadan dan pembanterasan jenayah bersama kedua-dua negara jiran itu.
Beijing juga bertindak balas dengan mengenakan duti import ke atas barangan Amerika dan mengemukakan tuntutan mahkamah kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Di tengah-tengah keadaan tidak menentu itu, para penganalisis berkata sektor-sektor di Malaysia seperti industri semikonduktor, solar dan pengilangan yang sangat bergantung kepada rangkaian bekalan rentas sempadan berkemungkinan mudah terjejas.
Namun, Encik Onn Hafiz menarik perhatian kepada kerencaman 11 sektor yang dikenal pasti dalam perjanjian JS-SEZ itu, di mana ia mengambil kira "permintaan global dan kekuatan Johor" bagi memastikan zon itu kekal berdaya tahan di tengah-tengah ketegangan perang dagang global.
Perjanjian yang dimeterai pada Januari lalu menyatakan JS-SEZ akan mempromosikan dan memudahkan pelaburan bagi 11 sektor - pengilangan, logistik, keselamatan makanan, pelancongan, tenaga, ekonomi digital, ekonomi hijau, khidmat kewangan, khidmat perniagaan, pendidikan dan kesihatan.
Zon ekonomi itu seluas 3,571 kilometer persegi dan terdiri daripada sembilan "zon utama" bagi setiap sektor ekonomi.
Satu industri di mana Johor berharap dapat menarik lebih banyak pelaburan ialah industri pusat data.
Para pemain pusat data utama dari Amerika Syarikat dan China telah membangunkan operasi di selatan Johor.
Ini termasuk syarikat-syarikat seperti Nvidia, Microsoft dan GDS International, di mana pusat-pusat data mereka menempatkan 'house server' dan cip yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI).
Sesetengah penganalisis membayangkan kemunculan syarikat AI dari China, DeepSeek boleh menggugat pertumbuhan pusat data, berdasarkan dakwaan bahawa syarikat itu berupaya menandingi para pesaing utama di Amerika menggunakan teknologi lebih murah dan tanpa perlu terlalu bergantung kepada pusat data.
Namun, Encik Onn Hafiz yakin bahawa industri pusat data di Johor akan terus berkembang didorong oleh permintaan tinggi yang berterusan dari firma-firma antarabangsa untuk membangunkan pangkalan masing-masing di SEZ.
GAJI PREMIUM, PELEPASAN KOD-QR KERETA DALAM PERANCANGAN
Satu hambatan bagi sesetengah syarikat yang ingin melabur di zon JS-SEZ adalah kerpihatinan berhubung penyumberan pekerja berkemahiran dan teknikal di Johor dan kesesakan di pusat pemeriksaan darat yang melengahkan pergerakan individu dan barangan.
Sungguhpun begitu, Encik Onn Hafiz cukup yakin Johor berupaya menangani kebimbangan itu.
Berhubung pembangunan tenaga kerja yang berdaya tahan, beliau menekankan negeri Johor kini fokus untuk menaikkan pakej gaji warga tempatan supaya ia dapat mengekalkan bakat dan menangani masalah hijrah bakat.
Menurut Encik Onn Hafiz, pusat data di Johor akan menawarkan gaji permulaan sekitar RM4,000 (S$1,219) bagi lulusan diploma dan RM5,000 (S$1,524) bagi para pemegang ijazah.
Menerusi Majlis Pembangunan Bakat Johor, negeri itu mendapatkan bantuan daripada lebih 20 universiti dan lebih 100 institusi latihan teknikal untuk menawarkan modul dan program bagi mempertingkatkan kemahiran warga Johor.
"Jadi ia bukan sekadar tentang gaji premium, tetapi ia mesti sepadan dengan kelayakan dan set kemahiran, dan inilah bagaimana kita akan membezakan diri kita daripada negeri-negeri lain," kata Encik Onn Hafiz.
Berhubung usaha meningkatkan ketersambungan antara Singapura dengan Johor, Encik Onn Hafiz berkata Laluan RTS adalah "wadah kepada huraian jangka panjang" untuk mengurangkan kesesakan dan memudahkan akses kepada para pelawat.
Laluan RTS Johor Bahru-Singapura sepanjang 4 kilometer dijangka mula beroperasi menjelang hujung tahun 2026.
Ia bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Koswe - iaitu salah satu lintasan sempadan paling sibuk di dunia - dengan membawa sehingga 10,000 penumpang sejam setiap hala yang mengambil masa sekitar lima minit.
Sungguhpun begitu, buat sementara waktu ini, Encik Onn Hafiz menegaskan pihak berkuasa sedang mempercepatkan usaha melaksanakan perjalanan bebas pasport di pusat-pusat pemeriksaan darat menerusi aplikasi pelepasan kod-QR, MyBorderPass.
Para pelawat yang melintasi pusat pemeriksaan darat dengan menaiki bas atau menunggang motosikal buat masa ini dibenarkan untuk menggunakan aplikasi tersebut.
Menurut Encik Onn Hafiz Ghazi, langkah seterusnya kini adalah untuk melaksanakan penggunaan aplikasi itu bagi mereka yang menaiki kereta.
"Bagi saya, ia satu kemajuan besar kerana sebaik sahaja mereka mula melaksanakannya bagi kereta, saya percaya kesesakan lalu lintas akan berkurangan secara automatik kerana ia akan mengurangkan ... kesilapan manusia," kata Encik Onn Hafiz.
Beliau juga menyentuh tentang insentif cukai yang diumumkan baru-baru ini oleh kerajaan persekutuan Malaysia bagi menarik pelaburan ke SEZ Johor-Singapura.
Insentif itu termasuk kadar cukai 5 peratus selama 15 tahun bagi syarikat-syarikat yang melabur dalam kegiatan bernilai tinggi seperti AI dan pengeluaran aeroangkasa, dan kadar cukai pendapatan sebanyak 15 peratus selama 10 tahun bagi pekerja yang layak.
"Langkah pertama adalah untuk menguar-uarkan inisiatif JSSEZ ... ia adalah insentif kewangan dan bukan kewangan yang menarik ... kini masanya untuk memastikan kita melaksanakannya," katanya lagi.
Bagi memudahkan urusan melakukan perniagaan, Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia di Johor dijadual mula beroperasi menjelang hujung bulan Februari.
Pusat berkenaan yang terletak di Forest City adalah sebuah pejabat sehenti yang menawarkan khidmat rundingan perniagaan bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk melabur dalam SEZ.
Ia merupakan yang pertama seumpamanya di luar Lembah Klang, kata Encik Onn Hafiz.
HASIL PELABURAN DISALURKAN UNTUK BANTU PENDUDUK JOHOR
Sehubungan itu, Encik Onn Hafiz juga menarik perhatian bahawa kerajaan negeri sedia maklum bahawa SEZ berkemungkinan akan menaikkan kos sara hidup di negeri itu.
Justeru, Johor berhasrat menggunakan sejumlah hasil pelaburannya untuk membantu penduduk Johor dari segi penyediaan rumah yang dimampui dan barang keperluan asas seperti makanan.
"Dari kos sara hidup, isu ini yang membelenggu rakyat secara kesuluruhan, tak kira di Malaysia atau di merata dunia.
"Namun itu, pokoknya, apa yang boleh dibuat di peringkat kerajaan negeri untuk membantu rakyat untuk mengurangkan beban yang
mereka merasai.
"Itu perkara utama yang dekat di hati kami di peringkat kerajaan negeri. Jadi pelbagai usaha, yang sedang diusahakan untuk membantu rakyat.
"Contohnya, membina lebih banyak rumah mampu milik yang mampu dimiliki oleh bangsa Johor.
"Keduanya, kita juga membantu mengurangkan beban mereka melalui program-program dapur kasih, program-program bakul makanan.
"Contohnya, akhir tahun lepas, hampir 200,000 keluarga di Johor mendapat bantuan kasih bakul makanan bagi mengurangkan sedikit beban yang mereka rasai.
'Insya- Allah, saya yakin bila rezeki Johor bertambah, menjadi niat kita di Johor memastikan pulangannya dapat dirasai oleh bangsa Johor, itu komitmen kami," katanya.
Encik Onn Hafiz berkata kerajaan negeri meraih jumlah rekod pendapatan bersih sebanyak RM2.1 bilion (S$640 juta) pada 2024 - iaitu jumlah tertinggi pernah diraih Johor - dan ia kini menepati sasaran untuk meraih pendapatan RM2.5 bilion (S$762 juta) dalam tahun-tahun mendatang.

Sumber : CNA/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.