Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keranda Ratu Elizabeth tiba di Istana Buckingham

Anggaran Waktu Membaca:
Keranda Ratu Elizabeth tiba di Istana Buckingham

Keranda mendiang Ratu Elizabeth II yang diperbuat daripada kayu oak dan dilitupi bendera 'Royal Standard' Scotland akan dibawa dari Istana Balmoral, di Scotland menuju ke Edinburgh. (Gambar: Paul Ellis / AFP)

LONDON: Raja Charles III dan kerabat diraja menerima keranda mendiang Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham pada Selasa (13 Sep) selepas puluhan ribu orang berbaris di kaki lima dalam hujan lebat bagi menghormati ketibaannya di ibu negara Britain.

Dalam kepekatan malam, kereta jenazah yang mengusung mendiang Ratu itu bergerak dengan perlahan dari lapangan terbang berdekatan di sepanjang jalan di London.

Orang ramai kelihatan berdiri di sepanjang kaki lima dan malah di jalan raya, dengan ada yang melemparkan bunga serta meninggalkan kereta masing-masing untuk mendapatkan sekilas pandangan keranda secara dekat.

Raja Charles III, yang secara automatik naik takhta selepas kemangkatan ibunya pada minggu lalu, menerima keranda mendiang bersama tiga adik-beradiknya, dua anak lelakinya - Putera William dan Putera Harry - serta keluarga diraja yang lain, menurut jurucakap Istana.
Puteri Anne, anak perempuan tunggal mendiang Ratu, mengiringi keranda ibunya dari istana terpencil di Balmoral ke Edinburgh di mana ia disaksikan oleh puluhan ribu orang yang berkabung sebelum ia kemudian dibawa ke London.

Pada Rabu (14 Sep), keranda itu akan diusung atas pedati meriam sebagai sebahagian daripada perarakan tentera yang utama di Dewan Westminster, di mana tempoh jenazah ditempatkan di bangunan negara akan bermula sehingga hari upacara persemadian pada Isnin depan (19 Sep).
Orang ramai akan dibenarkan untuk memberi penghormatan terakhir selama 24 jam sehari sehingga pagi hari upacara persemadian itu, yang akan dihadiri oleh puluhan pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan