Kerancakan jualan bahan kempen pilihan raya ibarat 'durian runtuh' bagi peniaga di Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mediacorp
JAKARTA: Antara 'senjata' dalam kempen pilihan raya Indonesia itu adalah pelbagai aksesori atau bahan-bahan kempen.
Pembekalan aksesori seperti itu terus rancak dijual dan ibarat 'durian runtuh' bagi peniaga sedemikian.
Malah calon-calon presiden, gandingan mereka, slogan-slogan kempen, istilah-istilah unik dan parti-parti politik, menghiasi pelbagai pakaian dan aksesori di pasar besar di Jakarta.
Para peniaga bertungkus-lumus menyiapkan tempahan yang diterima sedang para pelanggan sibuk mencari produk bagi meyokong calon-calon pilihan mereka.
Jelas – semua orang terjangkit demam pilihan raya.
"Kita kan jahit sendiri. Kita mampu menerima sampai 5,000 helai seminggu. Itu naik 50 peratus daripada biasanya," kongsi seorang peniaga.
Begitu juga pengalaman Encik Iskandar, yang terlibat dalam bidang percetakan.
Ini merupakan pilihan rayanya yang ketiga, meraih keuntungan antara 60 hingga 70 peratus dengan menjual ribuan kemeja T setiap minggu.
Beliau turut memberi tawaran khas untuk para pelanggannya.
"Bagi setiap pemesanan seribu helai, kita ada hadiah - 50 bendera berukuran 60 x 90 cm bagi setiap partainya," jelas Encik Iskandar.
Daripada pelbagai produk yang tersedia, yang paling laris adalah kemeja T, alat kempen paling popular.
Harga bagi sehelai, sekitar 70 sen ke atas, bergantung kepada corak, bahan serta jumlah tempahan.
Para peniaga terima tempahan kemeja T pada jumlah yang besar daripada pelbagai parti politik dan pertubuhan.
Mencetak kain rentang juga bertambah rancak semasa musim kempen.
Tempahan yang diterima sebuah kedai contohnya, meningkat dua kali ganda kata pemiliknya.
Hasil penjualan juga meningkat 100 peratus.
Dengan empat mesin cetak yang berupaya mencetak bahan sehingga 3,000 meter persegi sehari, lebih 200,000 kain rentang sudahpun selesai dicetak.
Bagi sebilangan peniaga, aksesori berukuran kecil turut berpotensi menambah rezeki.
Memandangkan tempoh kempen lebih singkat kali, para peniaga tidak berpeluang meraih penjualan setinggi masa-masa lalu.
Namun, dengan ribuan warga Indonesia menghadiri rapat kempen, permintaan yang meningkat untuk produk-produk pilihan raya dijangka mendorong pertumbuhan ekonomi.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.