Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan UK digesa ambil tindakan serta-merta tangani krisis kos sara hidup

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan UK digesa ambil tindakan serta-merta tangani krisis kos sara hidup

Penduduk London (Gambar hiasan: Tolga Akmen/AFP)

LONDON: Kerajaan Britain berada di bawah tekanan pada Isnin (8 Ogos) untuk melakarkan pelan dengan serta-merta bagi membantu keluarga menangani krisis kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kumpulan perniagaan terkenal dan mantan perdana menteri menyatakan bahawa ketiadaan kepimpinan politik tidak boleh dibenarkan berlarutan.

Bank pusat United Kingdom (UK), Bank of England, memberi amaran pada Khamis (4 Ogos) bahawa kemelesetan yang berpanjangan berlaku ketika harga tenaga melonjak ke paras yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

Hal itu mendorong kadar inflasi melambung ke tahap tertinggi dalam masa 40 tahun iaitu sebanyak 9.4 peratus pada Jun, sekali gus menyebabkan banyak isi rumah berada di ambang kesukaran ekonomi.

Mantan Perdana Menteri Buruh Gordon Brown dan Gabungan Industri British (CBI) menyatakan bahawa negara itu tidak mampu menunggu lebih lama lagi bagi seorang pemimpin baru. Mereka mengatakan
tindakan mesti diambil segera sebelum harga tenaga melonjak sekali lagi kepada 70 peratus pada Oktober.

Encik Brown, yang memegang jawatan selaku menteri kewangan negara itu selama sepuluh tahun dari 1997 dan perdana menteri pada 2007 hingga 2010 semasa krisis kewangan, mengatakan bahawa banyak isi rumah kini berdepan dengan kesukaran ekonomi.

"Ambil tindakan minggu ini dan tangani pelbagai masalah ini yang boleh mencetuskan darurat negara," beliau memberitahu LBC Radio.

"Anda tidak boleh tunggu sehingga krisis melanda pada Oktober dan kemudian mengatakan bahawa anda terkejut."

Jurucakap Encik Boris Johnson mengatakan ia terpulang kepada pemimpin Britain seterusnya untuk memutuskan jikalau sokongan selanjutnya diperlukan dan jikalau pemerintah sudah memperuntukkan pakej dana untuk membantu rakyat pada musim sejuk nanti.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan