Skip to main content

Dunia

Kerajaan tidak pernah bincang status Islam sebagai agama Persekutuan: PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan tidak pernah bincang status Islam sebagai agama Persekutuan: PM Anwar

(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)

Diterbitkan : 06 Oct 2024 02:09PM
IPOH: Kerajaan Malaysia tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata tuduhan jelik pihak pembangkang yang memainkan isu tersebut disifatkan pemalsuan fakta dan boleh mencetuskan kebencian.

“Ini khayalan apa? Tidak ada, Datuk Seri Saarani (Saarani Mohamad) ada di Ipoh (di sini), KSN (Ketua Setiausaha Negara) ada di sini.

“Kita tidak pernah bincang untuk mengubah prinsip sama ada (berkaitan) bahasa atau Islam atau hak keistimewaan Melayu Bumiputera, atau kedudukan Raja-Raja. Tidak ada, tidak pernah sepanjang saya jadi perdana menteri, tidak pernah dibincang atau disuarakan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh pada Ahad (6 Okt).
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita