Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Thailand, Barisan Revolusi Nasional rangka perjanjian, teruskan rundingan damai

Anggaran Waktu Membaca:

BANGKOK: Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN), kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, sedang merangka satu deraf perjanjian termasuk gencatan senjata agar rundingan damai dapat diteruskan.

Dalam satu kenyataan, BRN berkata deraf itu mengandungi syarat seperti gencatan senjata dan jaminan keselamatan dan kekebalan wakil BRN yang akan kembali ke tanah air untuk mendakapi penduduk tempatan.

“Deraf perjanjian ini masih dalam peringkat perbincangan and ianya penting untuk menamatkan konflik dan mewujudkan keamanan berpanjangan di selatan Thailand.

“Ia (deraf perjanjian) diumumkan sebelum rundingan seterusnya di mana kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertindak sebagai pengantara sehingga boleh membawa perubahan positif kepada proses pendamaian di selatan Thailand,” katanya.

BRN menyatakan, pertemuan antara ketua perunding Jeneral Wanlop Rugsanaoh dan BRN dijangka diadakan tidak lama lagi.

Dalam kenyataan itu, BRN menyatakan ia tidak pernah menolak rundingan damai.

“BRN komited untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya. 

Rundingan antara kerajaan dan pemberontak yang bermula pada 2013 untuk membawa keamanan terhenti berikutan rampasan kuasa tentera di Thailand setahun kemudian. Rundingan diteruskan kemudian tanpa pihak utama termasuk BRN.

Bagaimanapun, rundingan antara kerajaan Thailand dan BRN bermula pada 2019. Ia mencapai kemajuan konkrit dan penting yang membawa harapan untuk menamatkan keganasan di wilayah sempadan selatan Thailand selepas siri mesyuarat.

Bekas ketua polis negara Malaysia Abdul Rahim Mohd Noor, yang mewakili kerajaan Malaysia, bertindak sebagai pengantara untuk rundingan damai di selatan Thailand.

Statistik oleh kumpulan pemantau bebas Deep South Watch menunjukkan kitaran keganasan yang tidak henti-henti di selatan Thailand, bermula pada 2004 di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla, yang telah meragut lebih 7,000 nyawa setakat ini.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan