Kerajaan Thai keluarkan lencana khas sempena pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn
Rakyat Thailand sanggup beratur panjang untuk membeli lencana khas sempana upacara pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn.
BANGKOK: Rakyat Thailand sanggup beratur panjang untuk membeli lencana khas sempana upacara pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn.
Kerajaan Thai hanya mengeluarkan 150,000 lencana khas itu yang dijual pada harga 300 Baht setiap satu.
Penjualannya hanya dilakukan selama tiga hari di 30 tempat menjelang upacara pertabalan yang berlangsung selama tiga hari mulai Sabtu ini, 4 Mei.
Raja Vajiralongkorn akan muncul di khalayak ramai pada hari terakhir upacara tersebut.
Upacara pertabalan itu berlangsung lebih dua tahun selepas Raja Vajiralongkorn menggantikan ayahnya, Raja Bhumibol Adulyadej, yang meninggal dunia pada usia 88 selepas menduduki takhta selama 7 dekad.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.