Kerajaan Thai arah tangkap, steril monyet gara-gara bawa risiko kepada industri pelancongan
![Kerajaan Thai arah tangkap, steril monyet gara-gara bawa risiko kepada industri pelancongan Kerajaan Thai arah tangkap, steril monyet gara-gara bawa risiko kepada industri pelancongan](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--pLIe4t3a--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2022/02/13/thailand11.jpg?itok=elNj29ZM)
Gambar: Sumber Web
THAILAND: Bayangkan anda sedang berada di pantai, berkelah dengan orang tersayang. Cuaca baik dan semua orang gembira. Apakah satu perkara yang boleh merosakkan semua itu? Seekor monyet.
Sesiapa sahaja akan berasa jemu dengan tempat-tempat pelancongan seperti pantai dan denai mendaki apabila terdapat monyet di sekelilingnya, menyebabkan tapak ini perlu dielakkan, seperti yang dilaporkan beritakini.
Sebab itu kerajaan Thailand melakukan sesuatu tentang ‘perniagaan monyet’ ini. Berdasarkan laporan The Nation Thailand, kenaikan jumlah kera di beberapa daerah sudah menyebabkan penangkapan, pensterilan dan pembebasan 600 ekor monyet dalam tempoh 12 bulan lalu.
Daerah tertentu di negara itu menempatkan sekitar 1,000 hingga 1,500 kera manakala jumlahnya di daerah Muang dikatakan meningkat dengan cepat kepada 3,000 ekor, lapor beritakini.
Monyet nampaknya sering tidak menunjukkan rasa takut kepada orang dan selalunya meragut apa sahaja barangan yang boleh didapatkan termasuk telefon. Ia juga cenderung untuk membawa penyakit seperti rabies.
Laporan oleh The Thaiger menambah bahawa monyet juga boleh menjadi agresif dan sering bergaduh sesama sendiri.
Penduduk di kawasan itu semakin muak kerana menganggap monyet itu berbahaya kepada nyawa dan harta benda mereka, kerana ia menimbulkan ancaman kepada kebersihan dan industri pelancongan.
Seorang wakil Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Thailand, Yuthaphon Angkinan, sudah berkongsi bahawa program pensterilan monyet berusaha untuk mengawal populasi monyet mereka,seperti dinukil beritakini.
Inisiatif itu juga menguji monyet bagi penyakit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.