Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Pulau Pinang sedia kerjasama dengan Anwar Ibrahim

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Pulau Pinang sedia kerjasama dengan Anwar Ibrahim

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 24 Nov 2022 04:56PM Dikemas Kini : 24 Nov 2022 04:56PM
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan tahniah dan gembira atas pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan menyifatkan ia membuka lembaran baru dalam sejarah politik Malaysia.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya menyambut baik dan sedia memberi kerjasama sebagai satu pasukan dalam membentuk sebuah kerajaan perpaduan demi keharmonian rakyat di Malaysia.

Menurut beliau, kerjasama itu juga demi memastikan Pulau Pinang terus melangkah maju ke hadapan, lapor Astro Awani.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, kerajaan negeri memberi sepenuh kepercayaan atas pelantikan tersebut dan menunggu proses pembentukan kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Encik Anwar kelak.

"Saya percaya keputusan yang dibuat akan disambut baik oleh kebanyakan rakyat di Malaysia yang menganggap ini satu hala tuju daripada apa yang berlaku dalam PRU ke-15.

“Saya percaya Datuk Seri Anwar akan ada rancangannya untuk memantapkan sebuah pentadbiran dan menggemblengkan semua rakyat untuk menyokong, sebab ini memang tujuan PRU ,ia juga satu sejarah yang baru supaya Malaysia dapat melangkau ke hadapan.

"Bagi pihak Kerajaan negeri Pulau Pinang saya ucapkan syabas dan tahniah dan kita sedia bekerjasama sebagai satu pasukan untuk pastikan negeri Pulau Pinang terus maju ke hadapan dan Malaysia pun akan buka lembaran yang baru sebab ini yang kita mahukan dalam sejarah negara kita," kata Kon Yeow di Dewan Undangan Negeri (DUN) di George Town pada Khamis (24 Nov), menurut Astro Awani.

Pada Khamis (24 Nov), Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar yang juga Presiden PKR sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pelantikan Encik Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Sumber : Bernama

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa