Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Persekutuan akan dibentuk dalam masa terdekat: Muhyiddin Yassin

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Persekutuan akan dibentuk dalam masa terdekat:  Muhyiddin Yassin

Gambar: Twitter/ Muhyiddin Yassin

Diterbitkan : 20 Nov 2022 02:33PM Dikemas Kini : 20 Nov 2022 02:34PM
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin pada Ahad (20 Nov) memberi jaminan kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat.

Menurutnya beliau menerima kunjungan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Tun Openg dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada Ahad pagi berkenaan perkara itu.

"Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen Bebas. Insya-Allah, kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat," katanya menerusi hantaran di Facebook dan Twitter miliknya pada Ahad.

Beliau turut memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan perbincangan antara beliau, Encik Abdul Hadi dan Encik Abang Johari, yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia pada Sabtu (19 Nov) menyaksikan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan baru.
Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi, PN (73); Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (6); Warisan (3); Bebas (2) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing meraih satu kerusi.

Semalam, Encik Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia berkata PN sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti yang dapat menerima prinsip dan perjuangan gabungan itu dalam membentuk kerajaan yang bersih dan stabil, kecuali dengan PH.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan