Skip to main content

Dunia

Kerajaan Perpaduan tidak pinggirkan Kelantan, tegas PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan Kelantan, kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.

Encik Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata berdasarkan fakta, Kelantan sebenarnya merupakan negeri yang menerima peruntukan tertinggi daripada kerajaan Persekutuan.

“Malah, semua pandangan dan cadangan yang penting daripada kerajaan negeri seperti tebatan banjir, isu air dan pembangunan negeri, saya terima dan komited untuk selesaikan.

“Ini pandangan (Kelantan dipinggir) tak ikut fakta, malah saya nak ulang, peruntukan kerajaan (kepada Kelantan) sekarang lebih banyak daripada sewaktu PAS dan Bersatu dalam kerajaan, itu cukup (sebagai bukti) … semasa dia (PAS) dalam kerajaan sibuk soal lain,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-36 di Kuala Lumpur pada Khamis (10 Ogos).

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media mengenai dakwaan Penolong Setiausaha Agung PAS Mohd Syahir Sulaiman dalam sesi debatnya bersama Menteri Ekonomi Malaysia Rafizi Ramli pada Rabu (9 Ogos) malam, bahawa negeri itu tidak pernah merasai nikmat ‘federalisme’ akibat pimpinan negeri berbeza dengan persekutuan.

Encik Anwar berkata kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS, termasuk pemimpin muda seperti Encik Syahir, seharusnya lebih berani membetulkan masalah dalaman selain memberi cadangan yang baik untuk pembangunan negeri itu. 
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita