Skip to main content

Dunia

Kerajaan Perpaduan 'tidak berat sebelah', berkhidmat untuk semua kaum: PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Perpaduan 'tidak berat sebelah', berkhidmat untuk semua kaum: PM Anwar

(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)

BANTING: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim membidas naratif dimainkan pihak tertentu bahawa parti DAP menjadi punca permasalahan dalam kalangan orang Melayu.

Encik Anwar berkata sepanjang lapan bulan beliau memimpin Kerajaan Perpaduan, jemaah menteri dari DAP tidak pernah membantah sebarang peruntukan yang diberikan untuk agama Islam dan kaum Melayu.

“DAP dan Anthony Loke dalam Kabinet sekarang tidak ada masalah, tambah peruntukan untuk Islam dia tak melawan, selesaikan berbilion ringgit hutang Felda dia tak melawan, peruntukan RM3 bilion (S$886 juta) untuk pesawah padi yang miskin dia tak lawan.

“Orang Melayu bermasalah bukan disebabkan kaum Cina, bukan sebab DAP, jangan temberang,” katanya ketika memberi ucapan di program Ramah Mesra Bersama Rakyat Jelajah MADANI di Kampung Sawah, di Banting pada Selasa malam (1 Ogos).

Sebaliknya, Encik Anwar berkata pemimpin Melayu terdahulu yang bersifat tamak haloba, menjadi punca pelbagai masalah termasuk keadaan negara itu yang menanggung hutang tinggi ketika ini.

“Masalah doktor kontrak, bertahun-tahun ugut mogok, tetapi bila kita pegang (menjadi kerajaan) dua ke empat bulan, kita boleh selesai,” katanya.

Encik Anwar menambah bahawa kerajaan juga memberikan peruntukan segera untuk membaiki rumah tentera dan polis, yang sebelum ini berada dalam keadaan sangat teruk dan terbiar sekian lama.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita