Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Perpaduan sudah capai majoriti dua pertiga Parlimen, kata PM M'sia Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Perpaduan sudah capai majoriti dua pertiga Parlimen, kata PM M'sia Anwar

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 25 Nov 2022 02:24PM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 08:40PM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini (25 Nov)berkata kerajaan perpaduan pimpinannya mencapai majoriti dua pertiga melalui penyertaan terkini oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bercakap pada sidang media pada hari pertamanya memasuki Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra di sini hari ini (25 Nov), Encik Anwar berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS.

“Ini akan memperkukuh kestabilan politik negara dan boleh menumpukan perhatian dalam kerja-kerja mengangkat martabat negara, mengukuhkan ekonomi dengan maksud untuk membela nasib rakyat,” katanya.

Jumlah kerusi diperlukan untuk mendapatkan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat adalah 148 kerusi.

Mengenai pembentukan Kabinet, Encik Anwar berkata saiznya akan diperkecilkan dan beliau akan meminta persetujuan daripada ahli-ahli yang akan dilantik nanti untuk mengurangkan gaji mereka.

Menurutnya, pembentukan Kabinet masih dalam perbincangan dan akan diumumkan segera mungkin.
Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan