Kerajaan Perpaduan setuju sedia peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang, kata Ahmad Zahid
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
BALING: Kerajaan Perpaduan secara dasarnya bersetuju menyediakan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang namun ia hanya untuk perbelanjaan pentadbiran, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perkara itu sedang dimuktamadkan, dengan perbincangan sedang dijalankan oleh Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dengan pihak berkaitan, dan pengumuman mengenainya akan dibuat oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
"Di peringkat awal ini, kita telah bersetuju untuk perbelanjaan pentadbiran," katanya kepada para wartawan semasa program tinjauan mesra di Desa KEDA Sadek pada Khamis (27 Apr).
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian selepas ditanya mengenai sama ada kerajaan bersedia untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Sebelum ini, Encik Fadillah dilaporkan media sebagai berkata bahawa tiada syarat ditetapkan ketika rundingan awal bersama wakil Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan peruntukan kewangan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Sementara itu, Encik Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata proses pembahagian kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah hampir selesai.
"Kita hampir memuktamadkan pembahagian kerusi itu untuk negeri Kedah. Lain-lain negeri (lima negeri lagi yang akan terlibat dalam PRN) apabila saya berada di negeri berkenaan (untuk umumkan tentang pengagihan kerusi," katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.