Kerajaan Perpaduan M'sia kukuh, sukar dijatuhkan kata PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)
SHAH ALAM: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinannya yang disertai 19 parti adalah kukuh, stabil dan sukar untuk dijatuhkan.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata berbanding ketika mula mengambil alih kerajaan pada November lepas, kesepaduan kesemua pimpinan termasuk mereka yang menganggotai Jemaah Menteri kini bertambah utuh dan sukar diganggu-gugat.
"Pada peringkat awal kita bentuk kerajaan, macam-macam cerita kita dengar tentang percubaan untuk ambil alih kerajaan dan ia dicanangkan dari bulan ke bulan sehingga yang terakhir semasa pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu.
"Sekarang timbul pula cerita yang Kerajaan Perpaduan akan jatuh pada Ogos ini…ini semua sembang sahaja.
"Jangan dengar dan termakan dengan cerita itu. Ketika ini kita (kerajaan) cukup kuat, utuh dengan semua kepimpinan parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan sepakat mempertahankan kerajaan sedia ada," katanya di majlis Ceramah Arus Merah Kuning sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Subang Bestari di Kuala Lumpur pada Sabtu (29 Jul).
Encik Anwar berkata kestabilan kerajaan kini turut diperkuat dengan kesepaduan serta kesepakatan dua timbalannya iaitu, Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof yang terus menzahirkan sokongan kepada kekukuhan kerajaan.
Katanya, kestabilan kerajaan pimpinannya juga bertambah utuh menerusi komitmen jitu yang ditunjukkan oleh ketua-ketua parti baik PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan serta semua parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam pada itu, Encik Anwar terus menzahirkan komitmen untuk tidak sesekali berkompromi dan memaafkan mereka yang terlibat dengan perbuatan dan mencuri harta negara, khususnya ketika mereka berkuasa.
"Mereka boleh tuduh saya macam-macam dan saya boleh maafkan tetapi apabila melibatkan rasuah, curi harta rakyat dan negara, saya tidak akan maafkan dan akan minta pihak berkuasa siasat sehingga kamu pulangkan wang yang dicuri kepada rakyat.
"Saya tidak mahu banyak berjanji, tapi yang pasti saya akan cuba sedaya upaya membuat perubahan ke arah kebaikan rakyat dan negara, itu saya berani janji," katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.