Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan perlu masa kurangkan beban hutang, kata Lim Guan Eng

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak bermain silap mata untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa singkat berikutan menanggung hutang yang tinggi diwarisi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan perlu masa kurangkan beban hutang, kata Lim Guan Eng

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 03 May 2019 07:44AM Dikemas Kini : 03 May 2019 07:47AM

SANDAKAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak bermain silap mata untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa singkat berikutan menanggung hutang yang tinggi diwarisi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan PH memerlukan sedikit masa untuk merancang bagi mengurangkan bebanan hutang selama puluhan tahun di bawah kerajaan terdahulu dan memulihkan ekonomi negara.

“Bebanan hutang oleh kerajaan BN tidak diselesaikan dalam tempoh setahun,” katanya pada ceramah umum DAP pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan, semalam (2 Mei).

Hadir sama, calon DAP Pilihan Raya Kecil Sandakan, Encik Vivian Wong Shir Yee dan Penasihat DAP Pusat, Encik Lim Kit Siang.

Encik Lim Guan Eng, yang juga setiausaha agung DAP, berkata, negara dirompak oleh kerajaan lama sehingga menanggung hutang sebanyak RM150 bilion (S$49 bilion) termasuk hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Akibat skandal dan kepentingan peribadi pemimpin kerajaan sebelum ini menyebabkan negara sakit.

"Kita usaha kurangkan hutang ini. Beri kami masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk memulihkan ekonomi negara ke landasan betul dan bangkit sebagai Harimau Asia," katanya.

Namun begitu, beliau berkata beban hutang itu tidak menghalang kerajaan meneruskan projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, Encik Guan Eng membidas parti lawan iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menggunakan modal menghentam peribadinya untuk kempen di Pilihan Raya Kecil Sandakan.

"Mereka tiada modal lain. Apa yang saya tidak cakap pun hentam saya.

"Justeru, kita kena tolak parti lawan (PBS) yang merupakan saki baki kerajaan lama yang gagal menentang rasuah di Sabah dan persekutuan," tegasnya.

Beliau berkata kerajaan persekutuan di bawah Pakatan Harapan memastikan sistem penyampaian projek pembangunan yang dilaksanakan bukan cakap kosong sahaja.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan