Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Perlis timbang saranan Thailand permudah SOP sempadan

Anggaran Waktu Membaca:

PADANG BESAR: Kerajaan Negeri Perlis akan membawa cadangan kerajaan Thailand agar prosedur operasi standard (SOP) kemasukan kedua-dua negara dipermudahkan, pada mesyuarat exco terdekat.

Exco Pelancongan Perlis, Asmaiza Ahmad berkata pertemuan dengan Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Phiphat Ratchakitprakarn hari ini (2 April) membincangkan secara terperinci SOP yang sudah ditetapkan oleh kedua-dua negara.

"Terdapat SOP yang dilihat terlalu ketat dan pihak Thailand menerusi Menteri Pelancongan sudah mencadangkan beberapa perkara bagi memudahkan urusan pelancong sama ada dari Malaysia dan Thailand keluar masuk menerusi pintu sempadan Wang Kelian," kata Asmaiza Ahmad kepada para pemberita ketika ditemui di Pos Imigresen Wang Kelian di Padang Besar hari ini (2 April).

Awal dari itu, Phiphat Ratchakitprakarn dan Gabenor Wilayah Satun Ekkarat Leesen melakukan lawatan Pos Sempadan Wang Prachan, Thailand.

Katanya lagi, pihak kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan susulan dengan Gabenor Wilayah Satun bagi menyelesaikan beberapa perkara tersebut.

Beliau berkata, antara perkara yang dibincangkan adalah SOP pelancong Thailand yang perlu menjalani dua kali ujian COVID-19 iaitu ujian Tindak Balas Rantaian Polimerase (RT-PCR) di Thailand dan Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19 di Malaysia.

"Kalau boleh kita ingin permudahkan kemasukan pelancong ke Malaysia kerana ia bakal memberi banyak manfaat kepada kedua-dua negara," kata beliau.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Perlis, Khairul Amin Talib berkata pintu sempadan Wang Kelian kini dibuka kepada kedua-dua rakyat setiap hari bermula 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.

"Rakyat Malaysia yang ingin ke Thailand dinasihati supaya mendapatkan maklumat secukupnya mengenai SOP yang perlu dipatuhi, jika ingin memasuki negara itu agar tidak timbul sebarang masalah nanti," kata beliau.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan