Skip to main content

Dunia

Kerajaan Pakatan Harapan Johor tumbang; perikatan baru ambil alih

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri Johor akan digantikan dengan satu perikatan baru, menurut Istana Johor pada Khamis (27 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Pakatan Harapan Johor tumbang; perikatan baru ambil alih

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri Johor akan digantikan dengan satu perikatan baru. (Gambar: Pejabat Media Diraja)

Diterbitkan : 27 Feb 2020 04:14PM Dikemas Kini : 27 Feb 2020 04:18PM

JOHOR BAHRU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri Johor akan digantikan dengan satu perikatan baru, menurut Istana Johor pada Khamis (27 Feb).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media, setiausaha peribadi Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, Jabah Mohd Noah, mengesahkan bahawa perikatan baru yang turut merangkumi para penggubal undang-undang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Barisan Nasional (BN), mempunyai majoriti untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

Menyusuli keputusan BERSATU untuk berpisah daripada PH pada Isnin, Menteri Besar Johor Sahruddin Jamal dan ketua BN Johor Hasni Mohammad mengadap Sultan Ibrahim pada Rabu untuk memaklumkan bahawa satu perikatan baru sudah memperolehi majoriti mudah untuk mengambil alih kerajaan PH.

Sultan Ibrahim kemudian memanggil kesemua 56 ahli dewan undangan negeri untuk bertemu dengan mereka satu persatu untuk bertanya sama ada mereka menyokong kerajaan PH atau perikatan baru.

Pertemuan berlangsung dari 3.00 petang hingga 5.00 petang pada Rabu.

Menurut kenyataan itu lagi, 28 ahli parlimen memilih perikatan baru manakala 26 ahli lain memilih PH untuk kekal sebagai kerajaan negeri.

Dua ahli tidak menghadiri pertemuan itu.

"Maka itu, perikatan baru berhak melantik menteri besar yang baru dan sebuah jawatankuasa eksekutif yang baru," menurut kenyataan itu.

Awal Selasa (25 Feb), Encik Hasni dari BN berkata perikatan baru sedang menyiapkan akuan berkanun dengan para ahli dewan untuk mengambil alih kerajaan negeri Johor.

Beliau mendakwa BN mempunyai bilangan yang mencukupi kerana kerajaan baru turut termasuk para anggota daripada BERSATU serta lima anggota daripada Parti Amanah Negara dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam kerajaan negeri Johor yang merangkumi sebanyak 56 kerusi, BN memegang 16 kerusi dan PAS hanya satu kerusi.

Parti Tindakan Demokratik (DAP) mempunyai 14 kerusi, Amanah pula sembilan dan PKR hanya lima. BERSATU pula mempunyai 11 kerusi.

Sumber : CNA/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita