Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Pakatan Harapan akan terus usaha banteras rasuah, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan agenda membanteras rasuah walaupun sokongan terhadap kerajaan dan dirinya sendiri sudah merosot.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Pakatan Harapan akan terus usaha banteras rasuah, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Apr 2019 03:44PM Dikemas Kini : 30 Apr 2019 03:46PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan agenda membanteras rasuah walaupun sokongan terhadap kerajaan dan dirinya sendiri sudah merosot.

Beliau turut meminta semua jentera kerajaan menolak rasuah dengan jangan mengambil walaupun "satu sen" atau "hadiah-hadiah" seperti membeli rumah pada harga murah.

"Harap kita berikrar tidak terlibat dengan rasuah kerana berdosa dan ia salah dari segi undang-undang," katanya di majlis perjumpaan dengan lebih 1,000 pegawai kanan kerajaan hari ini (30 Apr).

Dr Mahathir berkata dalam usaha menghalang perbuatan-perbuatan curang dan yang merosakkan pentadbiran negara, mungkin terdapat pegawai kerajaan yang terlibat dengan rasuah merasa kecewa dengan kerajaan baharu kerana tidak lagi mendapat pendapatan tambahan daripada kegiatan itu.

Menurutnya, mereka yang kecewa itu merasakan seolah-olah kerajaan kleptokrasi dahulu lebih baik daripada kerajaan demokrasi dan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan merosot setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Mengambil contoh beberapa negara termasuk Mexico, Pakistan dan Indonesia yang menukar parti memerintah akibat salah guna kuasa, Dr Mahathir berkata usaha membersihkan negara daripada gejala itu perlu diteruskan kerana ia akan menghancurkan negara.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan