Kerajaan Negeri Sembilan teliti kesan kupang tercemar terhadap pengusaha, nelayan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan meneliti kesan industri penternakan kupang di Port Dickson, berikutan kes pencemaran biotoksin sebelum mengambil langkah sewajarnya bagi membantu nelayan dan pengusaha yang terjejas.
Menteri Besar Aminuddin Harun berkata pihaknya sentiasa memberi perhatian terhadap pengusaha dan nelayan terutama selepas Singapura mengambil tindakan menyekat bekalan dan penjualan kupang dari Port Dickson.
“Industri kupang di negeri ini tidak besar mana hanya industri hiliran daripada nelayan untuk tambah pendapatan. Tetapi walaupun bilangannya tidak ramai, kita mahu lihat kesan perkara ini kepada nelayan pantai dan akan ambil langkah seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mantai Rayo 2024 di Seremban pada Ahad (7 Apr).

Agensi Makanan Singapura (SFA) dilaporkan menerima pengesahan daripada Jabatan Perikanan Malaysia mengenai perkara itu, dan sedang bekerjasama dengan pengimport untuk mengesahkan sumber import kupang mereka dan memastikan ia tidak diimport dari kawasan berkenaan.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Wan Aznan Abdullah pada Khamis (4 Apr) berkata, hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.