Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Negeri Sembilan cari rumah untuk 6 beradik kematian ibu

Kerajaan Negeri Sembilan sedang berusaha mencari sebuah rumah untuk menempatkan enam beradik yang kehilangan ibu mereka akibat kemalangan jalan raya di Rembau pada April lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Negeri Sembilan cari rumah untuk 6 beradik kematian ibu

Kerajaan Negeri Sembilan sedang berusaha mencari sebuah rumah untuk menempatkan enam beradik yang kehilangan ibu mereka. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Jul 2019 01:55PM Dikemas Kini : 27 Jul 2019 02:03PM

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sedang berusaha mencari sebuah rumah untuk menempatkan enam beradik yang kehilangan ibu mereka akibat kemalangan jalan raya di Rembau pada April lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon.

Beliau berkata ketika ini kerajaan negeri dalam usaha berbincang bersama Pejabat Daerah Rembau bagi meneliti kawasan yang sesuai untuk menempatkan enam beradik tersebut di penempatan yang lebih selesa.

"Pada mulanya kerajaan negeri bercadang nak buat kerja naik taraf rumah tersebut yang didiami mereka tetapi rumah berkenaan merupakan milik saudara dan tidak mengizinkan kerja naik taraf dilakukan.

"Justeru itu, kerajaan negeri sedang mencari sebuah rumah untuk menempatkan mereka dan kita telah mengadakan satu mesyuarat bersama pejabat daerah pada minggu lepas untuk menentukan kawasan yang sesuai untuk mereka," katanya kepada Bernama di sini.

Ketika ini, enam beradik itu dijaga ibu saudara mereka Cik Nor Azila Sahran, 38 tahun.

Pada April lepas, tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp yang menceritakan mengenai kisah sedih menimpa enam beradik itu yang kehilangan ibu mereka dalam kemalangan jalan raya di Rembau manakala bapa mereka sedang menjalani hukuman penjara.

Enam beradik tersebut ialah Muhammad Aiman Syazwan Mohd Fouzi, 12 tahun, Nor Aina Syazwani, 10 tahun, Nor Aina Syazlina, 9 tahun, Nor Aina Syazlin, 7 tahun, Nor Aina Syazliana, 5 tahun, dan Muhammad Aiman Syazrizal, 2 tahun.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan