Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Negeri, Persekutuan komited pastikan operasi keluar masuk Johor berjalan lancar

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Negeri, Persekutuan komited pastikan operasi keluar masuk Johor berjalan lancar

(Gambar: Onn Hafiz Ghazi/Facebook)

Diterbitkan : 05 May 2023 04:58PM Dikemas Kini : 05 May 2023 05:00PM

JOHOR BAHRU: Struktur pentadbiran di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam usaha memperbaiki tahap perkhidmatan di kedua-dua pintu keluar masuk laluan darat di Johor.

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata perbincangan bersama pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) antara lain turut membangkitkan isu penambahan mesin pengimbas sinar-x bagi penumpang bas dan sistem pengurusan yang lebih cekap selain penambahan bas penumpang serta penguatkuasaan laluan bas.

"Syukur Alhamdulillah. Saya menerima kunjungan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Ruslin Jusoh. Saya berterima kasih atas komitmen beliau dan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk terus memperbaiki lagi tahap perkhidmatan di BSI dan KSAB.

"Kerajaan Negeri sentiasa bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kelancaran operasi keluar masuk sempadan negara. 

"Ini demi menjamin kesejahteraan rakyat dan pengembara serta meningkatkan imej Johor dan Malaysia di mata dunia," katanya menerusi hantaran di laman rasmi Facebooknya pada Jumaat (5 Mei). 

Awal dari itu, beliau menerima kunjungan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Ruslin Jusoh di pejabatnya di Kota Iskandar pada Jumaat.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Johor Mohammad Fazli Salleh dan Pengarah Jabatan Imigresen negeri Baharuddin Tahir. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan