Kerajaan negeri Melaka peruntuk sumbangan khas RM3.6 juta sempena Ramadan demi galak sektor pelancongan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan. (Gambar fail: Bernama)
KOTA MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan sumbangan khas bernilai RM3.6 juta (S$1.08 juta) untuk menyediakan pelbagai program sepanjang bulan Ramadan ini demi menggalak sektor pelancongan mesra Muslim.
Ini sedang negeri bersejarah itu dipilih menjadi tuan rumah bagi Hari Pelancongan Sedunia 2025 anjuran Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO).
Ketua Menteri Melaka AB Rauf Yusoh berkongsi perkembangan itu kepada BERITA Mediacorp pada Rabu (12 Mac).
Beliau menambah jumlah tersebut termasuk bantuan kewangan yang disalurkan kepada pelbagai lapisan masyarakat.
INGIN IMARAHKAN BULAN RAMADAN
Menurut Encik Rauf, sumbangan khas itu dapat mengukuhkan lagi kegiatan seperti Program Taqarrub Ramadan.
Program tersebut sudah dilaksanakan di negeri bersejarah berkenaan sekitar 20 tahun lalu.
Lantaran itu, sumbangan khas itu dapat memperluaskan lagi jangkauan program berkenaan supaya dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai masyarakat Muslim.
"Bagi Ramadan tahun ini, Kerajaan Negeri Melaka akan melaksanakan Program Taqarrub Ramadan secara lebih meluas dengan penglibatan 790 lokasi di seluruh Melaka yang merangkumi 194 masjid, 593 surau dan tiga institusi terpilih.
"Aktiviti dan program telah dirancang di masjid dan surau mempunyai peranan besar bagi menghimpunkan umat Islam di Melaka untuk mengimarahkan lagi bulan yang mulia ini," ujar Encik Rauf.
KEMERIAHAN DARI ASPEK SOSIAL
Selain daripada program keagamaan, usaha juga dipertingkat untuk menjadikan Melaka destinasi pelancongan mesra Muslim.
Sebagai contoh, buat bulan Ramadan tahun ini, lebih 50 bazar dianjurkan dengan yang utama sepanjang 5.1 kilometer.
Beberapa majlis berbuka puasa besar-besaran turut dianjurkan yang mana orang ramai dijemput untuk menyertai majlis tersebut.
Pihak berkuasa tempatan memberi jaminan bahawa para pengunjung juga berpeluang mempelajari tentang kekayaan warisan Islam negeri Melaka.
"Bagi siapa yang berbuka puasa di tempat-tempat yang bersejarah, mereka dapat menghayati bagaimana Islam didatangkan ke negeri Melaka pada suatu ketika dahulu," kongsi mantan profesor madya Universiti Teknikal Malaysia Melaka Mohd Ariff Mat Hanafiah.
Encik Ariff menambah para pengunjung dapat memanfaatkan peluang ini untuk menziarahi pelbagai tapak warisan yang ada di Melaka selain menyelami budaya serta tradisi yang ada.
Antara tradisi dimaksudkan diberi nama Ketuk-Ketuk Sahur yang mana para penduduk kampung berkumpul pada dini hari dan mengejut orang ramai untuk bangkit bersahur melalui nyanyian dan paluan kompang serta rebana.
Walaupun tidak sepopular dahulu, masih ada lagi kampung-kampung di Melaka yang mengekalkan tradisi itu yang dimulakan seawal tahun 1930.
Encik Rauf berkata: "Tradisi-tradisi ini bukan sahaja mencerminkan keunikan budaya Ramadan di Melaka, malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan memelihara warisan turun-temurun."
Tradisi ini adalah antara kegiatan yang kini giat diamalkan sepanjang Ramadan di negeri Melaka.
Sebelum ini, RM11.77 juta (S$3.54 juta) sudah diperuntukkan untuk program serta bantuan oleh kerajaan negeri itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.