Skip to main content

Dunia

Kerajaan negeri Kedah diminta pantau perjudian online, kurangkan lesen jualan arak

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan negeri Kedah diminta pantau perjudian online, kurangkan lesen jualan arak

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 02 Jan 2023 05:50PM

ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang memutuskan untuk tidak lagi memperbaharui lesen perjudian, di samping menyuarakan harapan agar lesen penjualan minuman keras pula dapat dikurangkan.

Presiden CAKE Mohamad Yusrizal Yusoff menyusuli langkah menutup sepenuhnya premis perjudian dan loteri di Kedah, pihaknya juga berharap kerajaan negeri dapat memantau kegiatan perjudian online yang dipercayai akan berleluasa.

“Tahniah kepada kerajaan Kedah kerana berjaya menutup premis perjudian dan loteri selepas tidak lagi memperbaharui lesen perjudian mereka. CAKE berharap pihak berkuasa dapat memperketatkan lagi undang-undang terutamanya berkaitan perjudian dalam talian,” katanya.

Beliau yang ditemui ketika membuat tinjauan harga dan bekalan barangan keperluan di Pasar Besar Alor Setar pada Isnin (2 Jan) berkata sebelum ini, pihaknya banyak menerima laporan daripada penghulu dan wakil kampung berhubung kegiatan perjudian online yang berlaku di kawasan mereka.

“Selain itu, persatuan juga berharap kerajaan negeri dapat mengurangkan lesen penjualan minuman keras bagi menghadkan penjualan arak yang dijual secara berleluasa di kedai-kedai biasa. Cara ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar kemalangan kerana ada kes membabitkan pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk,” katanya.

Pada Ahad (1 Jan), Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan operasi semua premis perjudian dan loteri di Kedah tamat apabila kerajaan negeri memutuskan untuk tidak lagi memperbaharui lesen perjudian yang tamat tempoh pada 31 Disember 2023.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita