Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Negeri Johor beri amaran, larang anjur program tidak bermoral

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral. 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mencegah dan menghalang kegiatan itu daripada berlaku di Johor. 

Beliau berkata pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk mengambil tindakan segera dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

"Saya bagi amaran! Demi Allah saya tak akan benarkan ia berlaku di Johor. Semua mesti bantu cegah dan halang kegiatan tak bermoral ini," katanya dalam hantaran di akaun Facebooknya pada malam Selasa (23 Mei).

Amaran itu dikeluarkan susulan tular sebuah poster bertajuk 'Gang Bang JB Party' yang dijadual diadakan di bandar raya Johor Bahru pada 20 Jun depan.

Acara tersebut dijadualkan bermula dari pukul 4.00 petang hingga 9.00 malam dan program tersebut dikatakan terbuka untuk semua kaum namun tidak dibenarkan mengambil gambar atau merakam sebarang video. 

Pada Disember tahun lepas, JAINJ berjaya menggagalkan penganjuran pesta buih di kolam renang sebuah hotel di bandar raya Johor Bahru selepas menerima aduan orang awam disebabkan jemputan ke parti tertutup itu tular melalui media sosial.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan