Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan negeri alu-alukan pembukaan semula sempadan M'sia-S'pura: Menteri Besar Johor

Kerajaan negeri menyifatkan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura berikutan pelaksanaan Laluan Hijau Dua Hala (RGL) dan Aturan Perjalanan Berkala (PCA) sebagai permulaan bagi merancakkan kembali sektor ekonomi negeri yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan negeri alu-alukan pembukaan semula sempadan M'sia-S'pura: Menteri Besar Johor

(Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

Diterbitkan : 14 Jul 2020 07:51PM Dikemas Kini : 14 Jul 2020 07:54PM

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menyifatkan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura berikutan pelaksanaan Laluan Hijau Dua Hala (RGL) dan Aturan Perjalanan Berkala (PCA) sebagai permulaan bagi merancakkan kembali sektor ekonomi negeri yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Menteri Besar Hasni Mohammad berkata persetujuan kedua-dua negara untuk melaksanakan insiatif itu merupakan keputusan yang amat dinanti-nantikan kerana Singapura adalah rakan strategik penting Malaysia, terutama Johor, melibatkan pelbagai bidang antaranya ekonomi dan sosial.

Beliau yakin pembukaan sempadan menerusi RGL dan PCA itu akan melegakan banyak pihak terutama bagi meneruskan urusan perniagaan dan kerja-kerja yang terjejas setelah Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu dan pelaksanaan pemutus rantaian jangkitan COVID-19 di Singapura.

“Johor sudah bersedia terhadap pematuhan semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan akan membantu memudahkan semua urusan supaya pembukaan sempadan ini dapat memberi manfaat kepada warga kedua-dua negara.

“Ia adalah usaha penting Malaysia dan Singapura dalam memastikan penularan COVID-19 dapat dibendung, demi kesihatan dan keselamatan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa (14 Jul).

Encik Hasni mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar Hishammuddin Hussein dan rakan sejawatannya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan kerana mencapai persetujuan bagi melaksanakan RGL dan PCA yang akan berkuat kuasa pada 10 Ogos depan.

Kerajaan negeri menyambut baik keputusan itu bagi memenuhi keperluan pekerja yang berulang-alik antara kedua-dua negara dan pada masa yang sama menasihati rakyat Malaysia agar sentiasa mematuhi SOP dan peraturan-peraturan ditetapkan pihak berwajib.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan