Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia tunggu S'pura setuju tambah kapasiti VTL

Anggaran Waktu Membaca:
 Kerajaan M'sia tunggu S'pura setuju tambah kapasiti VTL

Antara kumpulan pertama penumpang VTL dari Singapura yang tiba di Stesen Larkin di Johor Bahru. (Gambar: CNA)

BATU PAHAT: Kerajaan Malaysia sedia menerima penambahan kuota Laluan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) udara dan darat sekiranya Singapura bersetuju meningkatkan bilangan kapasiti terbabit.

Menteri Pengangkutan Malaysia Dr Wee Ka Siong berkata kerajaan sama ada melalui Kementerian Pengangkutan (MOT) atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) amat memahami keperluan para pelawat, lebih-lebih lagi apabila tibanya musim perayaan.

Beliau bagaimanapun berkata buat masa ini Malaysia menerima keputusan yang sudah ditetapkan Singapura termasuk pengurangan kuota sebanyak 50 peratus VTL berkenaan, yang diputuskan setelah melalui rundingan pihak berkuasa berkaitan terutamanya Kementerian Kesihatan kedua-dua negara.

“Segala keputusan berkenaan dengan VTL ini diserahkan kepada agensi kesihatan untuk menentukan sama ada kapasiti semasa perlu ditambah atau sebaliknya.

“Permintaan dan permohonan VTL beribu, tapi kita akan ikhtiarkan, namun sebagai kerajaan kita akan lihat keperluannya…bukan tak nak perjuangkan tapi jika ada keperluan kita tambah “ katanya hari ini.    

Dr Wee turut mengingatkan semua pelawat supaya memohon permit sebelum dan selepas membeli tiket bagi dapat menggunakan inisiatif VTL itu.

Semalam (21 Jan), kedua-dua kerajaan Malaysia dan pemerintah Singapura membenarkan semula penjualan tiket VTL udara tetapi dengan kapasiti 50 peratus.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan