Kerajaan M'sia tiada masalah dengan permohonan pengampunan Diraja buat Najib, dedah PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
SHAH ALAM: Tiada konflik kepentingan bagi kerajaan, susulan keputusan UMNO yang berhasrat mempersembahkan permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memberi pertimbangan pengampunan kepada bekas perdana menterinya Najib Tun Razak, kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
Beliau berkata perkara berkenaan tidak seharusnya berbangkit memandangkan proses permohonan pengampunan dibenarkan untuk dibuat oleh sesiapa sahaja.
Semua pihak hanya perlu patuh kepada peraturan dan syarat yang ditetapkan.
“Walaupun melalui proses, dan saya ada dalam proses itu, namun akhirnya soal penganugerahan pingat dan pengampunan - itu wewenang dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, dan tidak perlu dibahas secara awam kerana proses itu mesti dilalui,” katanya kepada media selepas melancarkan Program Rights To The City: Kita Untuk Kita (K2K) di Pangsapuri PPR Kampung Baru Hicom, di Shah Alam pada Sabtu (8 Apr).
Encik Anwar berkata adalah terlalu awal untuk beliau memberikan sebarang ulasan mengenai perkara itu memandangkan tiada sebarang kertas atau proses yang dilaksanakan setakat ini untuk permohonan berkenaan, selain keputusan yang dibuat di peringkat UMNO.
“Saya tidak mahu menghalang sesiapa dalam perkara itu, tetapi apa sahaja proses di mahkamah adalah amat bebas, ia perlu dipatuhi dan dihormati. Akhirnya apa sahaja keputusan, ia adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong semata-mata,” katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.