Kerajaan M'sia teruskan usaha semak undang-undang hukuman mati mandatori
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: Unsplash)
KUALA LUMPUR: Kabinet Malaysia pada Rabu (22 Dis) bersetuju untuk meneruskan usaha menyemak undang-undang berkaitan dengan hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.
Menerusi kenyataan pada Rabu, beliau berkata, Jabatan Peguam Negara sudah meneliti dasar pelaksanaan cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori yang melibatkan 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori sebagaimana peruntukan Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api Lebih Berat 1971.
RUU berkenaan adalah RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022, RUU Keadilan Jenayah (Pindaan) 2022, RUU Penculikan (Pindaan) 2022, RUU Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (Pindaan) 2022, RUU Senjata (Pindaan) 2022 dan RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2022.
Beliau berkata kerajaan juga bersetuju untuk meminda akta-akta berkaitan dan mengemukakan tujuh Rang Undang-Undang berkaitan untuk dipinda.
"Penangguhan pelaksanaan hukuman mati (moratorium) masih dikekalkan bagi pesalah hukuman mati sehingga semua pindaan RUU tersebut dilaksanakan."
"Pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori ini dijangka akan memberi kesan langsung kepada seramai 1,327 orang banduan yang sudah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah."
"Sementara itu, bagi lain-lain individu yang belum dituduh, hukuman gantian terhadap hukuman mati boleh dikuatkuasakan secara prospektif,” katanya.
Cik Azalina berkata, pindaan undang-undang yang berkaitan, bagaimanapun, tidak memansuhkan hukuman mati sepenuhnya tetapi memberi budi bicara kepada mahkamah untuk memutuskan hukuman yang setimpal berdasarkan fakta kes.
"Pelaksanaan cadangan hukuman gantian ini adalah komitmen kerajaan untuk memastikan pelaksanaan pemansuhan hukuman mati mandatori diteliti secara mendalam dan terperinci dari semua aspek agar sebarang tindakan susulan kerajaan berkaitan isu ini memberikan impak yang positif kepada negara,” katanya.
Beliau berkata, rang undang-undang berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori berkenaan dijangka dibentangkan di sidang Parlimen pada Februari 2023.
Cik Azalina berkata, sistem keadilan jenayah adalah asas utama bagi masyarakat yang selamat dan aman dan oleh itu, kerajaan juga akan mempertimbangkan kajian susulan Fasa 2 yang melibatkan pembaharuan sistem keadilan jenayah.
Ia meliputi seperti dasar penghukuman (sentencing policy) yang lebih berkesan, hukuman sebatan dan pembaharuan sistem penjara yang merangkumi langkah untuk mengurangkan kesesakan penjara.
"Fokus juga akan diberi terhadap pendekatan hukuman yang berteraskan pemulihan dan keadilan restoratif (restorative justice),” katanya.
Dalam pada itu, Cik Azalina,yang membentangkan cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori ke Kabinet pada Rabu, mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dan barisan Kabinet atas persetujuan untuk meneruskan usaha penyemakan itu.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.