Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia teruskan usaha kekang elemen LGBT dalam filem, media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia M'sia akur sukar mengawal kandungan siaran menerusi platform penstriman online 'Over-the-Top' (OTT) yang berpangkalan di luar negara seperti Netflix.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia teruskan usaha kekang elemen LGBT dalam filem, media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersama institusi keagamaan akan meneruskan usaha mengekang elemen gaya hidup LGBT yang dipromosikan melalui filem atau media sosial seperti TikTok di Malaysia.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin berkata kerajaan sentiasa memantau dan tegas dalam mengambil tindakan terhadap pihak yang mempromosikan elemen tersebut.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kerajaan sukar untuk mengawal kandungan siaran menerusi platform penstriman dalam talian Over-the-Top (OTT) yang berpangkalan di luar negara seperti Netflix.

“Peruntukan perundangan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) tidak meliputi skop tapisan kandungan (censorship) dan jelas dinyatakan dalam Seksyen 3(3) Akta 588.

“Tambahan pula, perkhidmatan OTT seperti Netflix tidak seperti perkhidmatan penyiaran awam dan swasta dalam negara yang tertakluk kepada rangka kerja pelesenan dan tapisan di bawah perundangan sedia ada,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini (10 Ogos).

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Ahmad Yahaya yang ingin tahu pendirian kementerian mengenai cadangan mengawal kandungan program disiarkan di platform penstriman seperti Netflix bagi mengelakkan budaya tidak sihat terus menular dalam masyarakat.

Encik Zahidi berkata penstriman kandungan di mana-mana platform adalah pilihan pengguna termasuklah langganan kepada perkhidmatan tersebut. Justeru, pengguna digalakkan melakukan kawalan kendiri selain ibu bapa atau penjaga untuk meletakkan pin akses bagi setiap profil penonton isi rumah bagi memastikan anak-anak di bawah umur tidak dapat mengakses semua kandungan tidak sesuai.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan