Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia salur bantuan langsung kepada golongan memerlukan meski tidak melalui Ahli Parlimen, tegas PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan menyalurkan semua bantuan terus kepada golongan yang memerlukan termasuk mangsa banjir meskipun ia tidak disalurkan melalui Ahli Parlimen.

Mengambil contoh peruntukan RM50 juta (S$15 juta) untuk keperluan banjir di Johor, Encik Anwar, yang juga Menteri Kewangan Malaysia, menjelaskan ia disalurkan kepada mangsa banjir dan bukannya kepada negeri yang terkesan akibat bencana itu.

“Macam di Johor, RM50 juta (S$15 juta) diberi kepada yang memerlukan," kata Encik Anwar.

"Peruntukan Parlimen walaupun belum sampai kepada Ahli Parlimen, ia (bantuan) sampai ke bawah (rakyat),” katanya kepada wartawan selepas menghadiri Pameran Hari Kraf Kebangsaan 2023 di Kompleks Kraf di Kuala Lumpur pada Isnin (6 Mac).

Encik Anwar berkata demikian ketika mengulas cadangan Ahli Parlimen Pagoh Muhyiddin Yassin, yang meminta kerajaan Malaysia memberikan peruntukan sekurang-kurangnya RM300,000 (S$90,000) kepada semua Ahli Parlimen.

Ini termasuk kepada Ahli Parlimen daripada pembangkang bagi membolehkan mereka menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir di kawasan masing-masing.
Sumber : Bernama/AE/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan