Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia peruntukkan 1 SOP, 9 garis panduan dalam fasa peralihan ke endemik

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia peruntukkan 1 SOP, 9 garis panduan dalam fasa peralihan ke endemik

Hishammuddin Hussein. (Gambar fail: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Satu prosedur operasi standard (SOP) dan sembilan garis panduan akan dilaksanakan dalam Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau, yang juga Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19, berkata ia merupakan antara tujuh tunggak paling penting bagi fasa tersebut terutama dalam usaha negara menuju ke arah kehidupan yang normal.

Encik Hishammuddin berkata secara asasnya, satu SOP yang mengandungi 10 keperluan itu sudah dipermudahkan daripada 181 SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan ia masih akan dikuatkuasakan di bawah Akta 342 mulai 1 April.

"Kesemua 10 keperluan ini sudah biasa diamalkan oleh orang ramai dalam Fasa PPN. Atas sebab itu, saya percaya setiap lapisan masyarakat boleh untuk terus melaksanakannya dengan sebaik mungkin," kata beliau dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur pada Rabu (9 Mac).

Sepuluh keperluan itu termasuk memakai pelitup muka ketika di tempat awam, waktu operasi mengikut lesen atau permit, menjaga kebersihan tangan, melakukan ujian pengesanan COVID-19 berdasarkan Strategi Pengujian Kebangsaan dan menguruskan kes yang disyaki atau disahkan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan