Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia pertahan BERNAS sebagai pengimport tunggal beras

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertahankan tindakan untuk melanjutkan tempoh konsesi Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sebagai pengimport tunggal beras di Malaysia meskipun ia dipertikaikan oleh beberapa pihak.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Ronald Kiandee berkata tindakan kerajaan adalah tepat bagi memastikan bekalan bahan makanan berkenaan berada dalam keadaan stabil dan terkawal, seperti dinukil BH Online.
"Malah melalui tempoh konsesi itu BERNAS mempunyai sepuluh obligasi yang mesti dipatuhi sebagai pengimport tunggal beras antaranya membantu pesawah dan petani.

"Kita melanjutkan tempoh konsesi bagi BERNAS menjadi pengimport tunggal beras melalui keputusan yang diambil pada 2020," kata beliau pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.

Beliau menjawab soalan tambahan Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang mempertikaikan tindakan kerajaan meneruskan dasar monopoli melalui BERNAS sedangkan sepatutnya bantuan perlu diberikan kepada pertubuhan peladang antaranya Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), lapor BH Online.

Encik Anwar mendakwa tindakan itu hanya memberikan keuntungan ratusan juta kepada 'tauke besar' dan dasar itu sepatutnya dikaji yang boleh memberi lebih keuntungan buat petani.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan