Kerajaan M'sia perlu terus jaga kebajikan pelajar tahfiz, kata Ismail Sabri
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: NSTP/ASYRAF HAMZAH
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta terus menjaga kebajikan pelajar tahfiz di seluruh negara dan meneruskan usaha pentadbiran terdahulu terhadap institusi pendidikan agama berkenaan.
Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri, berkata kerajaan terdahulu menubuhkan jawatankuasa Kabinet khas bagi melihat institusi pendidikan agama terbabit secara menyeluruh, lapor Berita Harian MY.
Beliau memberitahu Berita Harian MY demikian selepas menyantuni dan mengagihkan juadah berbuka puasa sempena Program Kongsi Rezeki Ramadan, yang dinaunginya kepada pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat pada Ahad (26 Mac).
Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pernah menggemparkan negara apabila 21 pelajar serta dua orang guru di tahfiz berkenaan terkorban dalam tragedi kebakaran pada 14 September 2017.
Pada 17 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara selama diperkenankan Agong terhadap seorang remaja lelaki selepas tertuduh didapati bersalah membunuh semua 23 mangsa.
Encik Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera, menyifatkan pusat tahfiz terbabit mempunyai nilai sentimental dan beliau begitu mengenali sebahagian pelajar tahfiz berkenaan sebelum tragedi kebakaran itu berlaku.
"Saya berbuka puasa dengan mereka beberapa bulan sebelum kejadian, sempat mengenali mereka dan makan bersama mereka.
"Saya difahamkan seramai 15 orang daripada mereka yang berbuka dengan saya menjadi mangsa," katanya, seperti yang dipetik oleh Berita Harian MY.
Terdahulu, sebanyak 100 pek makanan disumbangkan kepada pelajar tahfiz itu. Sebanyak 120 pek makanan juga diserahkan kepada penghuni Rumah Limpahan Kasih, yang beroperasi di Puchong, Selangor.
Secara keseluruhan, sebanyak 3,000 pek makanan berbuka puasa akan diagihkan kepada golongan asnaf, khususnya pelajar di institusi pengajian tinggi dan anak yatim, sepanjang Ramadan ini melalui Program Kongsi Rezeki Ramadan.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.