Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia muktamadkan pemansuhan hukuman mati mandatori

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia muktamadkan pemansuhan hukuman mati mandatori

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat pada 25 Okt 2021 (Gambar: BERNAMA)

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia memuktamadkan keputusan dasar berhubung pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Melalui satu kenyataan pada Selasa (13 Sep), beliau berkata keputusan itu dicapai dalam dua siri mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Cadangan Balas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dipengerusikannya pada 6 September lalu serta Selasa.

“Kerajaan secara dasarnya bersetuju dengan cadangan hukuman gantian bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234], dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah serta moratorium pelaksanaan hukuman mati bagi 1,337 banduan,” katanya.
Menyusuli keputusan itu, beliau berkata satu Memorandum Jemaah Menteri akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan sebelum pembentangan rang undang-undang (RUU) bagi pindaan akta-akta terlibat dilaksanakan dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ke-14.

“Bacaan pertama bagi RUU itu dijangka pada 4 Oktober dan bacaan kedua pada 22 November, tertakluk kepada perubahan jadual dari semasa ke semasa,” katanya.

Dr Wan Junaidi berkata kerajaan juga akan mengadakan sesi libat urus bersama wakil Ahli Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membentangkan penetapan dasar berkaitan pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memperjuangkan undang-undang yang lebih adil dan penuh belas kasihan dalam isu sebatan serta pelaksanaan hukuman mati,” katanya.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan