Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia lulus projek naik taraf CIQ Bangunan Sultan Iskandar, Sultan Abu Bakar

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Kerajaan Malaysia meluluskan projek bagi menaik taraf Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar bernilai RM741.3 juta (S$223.1 juta). 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Malaysia Ahmad Maslan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor pada Isnin (6 Mac). 

Beliau berkata Encik Ahmad turut mengumumkan daripada nilai tersebut, sebanyak RM96.2 juta (S$28.9 juta) adalah peruntukan untuk tahun ini.

"Syukur alhamdulillah, hasrat kerajaan negeri Johor yang disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menambah lorong M-Bike motosikal juga diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM27.7 juta (S$8.3 juta). 

"Beberapa kertas kerja telah dibincangkan antaranya ialah projek-projek yang sedang berjalan serta inisiatif yang akan, sedang dan telah dilaksanakan yang dijangka akan memberikan impak positif," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa (7 Mac). 

Encik Mohamad Fazli berkata penambahan sebanyak 25 lorong keluar dari Malaysia dan 25 lorong masuk ke dalam negara akan menjadikan tambahan sebanyak 50 lorong baharu berbanding 100 lorong sedia ada. 

"Dijangkakan dengan jumlah keseluruhan 150 lorong M-bike keluar dan masuk ke Johor ini, kesesakan dapat dikurangkan secara optimum.

"Semoga usaha dan kerja keras serta kerjasama erat kerajaan negeri dan pusat ini dapat membantu menyelesaikan masalah kesesakan yang selama ini membelenggu rakyat Malaysia yang berulang-alik ke Singapura," katanya. 

Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan