Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia kumpul dana RM20 juta untuk misi bantuan kemanusiaan di Turki, Syria

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya mengumpulkan dana RM20 juta (S$6.12 juta) untuk digunakan dalam misi bantuan kemanusiaan di Turki dan Syria, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

PM Anwar memaklumkan dana itu termasuk AS$2 juta (S$2.66 juta) yang disumbangkan Kerajaan Persekutuan dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, manakala bakinya disumbangkan oleh beberapa agensi kerajaan serta syarikat korporat.

PM Anwar turut memaklumkan beliau sedang mempertimbangkan untuk membuat perjalanan ke Turki malam ini (14 Feb) bagi memberi sokongan moral kepada rakyat negara itu dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

"Kita telah kumpulkan RM20 juta, termasuk AS$1 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan AS$1 juta daripada Tuanku Sultan Johor, serta beberapa syarikat tempatan.

"Saya juga diminta oleh Presiden Turki, kalau boleh untuk segera ke sana bagi memberi sokongan moral. Saya sedang mempertimbang sama ada terpaksa bertolak malam ini ke Turki.

"Ini untuk menunjukkan sokongan kita kerana beberapa pemimpin negara lain telah sampai dan Presiden Turki minta saya sampai secara peribadi ke sana," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa (14 Feb).

Dalam pada itu, PM Anwar memaklumkan kerajaan membelanjakan sekitar RM4 juta (S$1.22 juta) bagi menghantar dua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) ke Turki.

Beliau berkata perbelanjaan itu turut melibatkan penjimatan bagi kos penerbangan kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh syarikat penerbangan Turki bagi membawa 140 anggota SAR Malaysia ke negara itu.

"Kos pasukan SMART telah banyak dikurangkan kerana kos penerbangan ditanggung syarikat penerbangan Turki.

"Setakat ini, sekitar RM4 juta dibelanjakan untuk kita menghantar dua pasukan SMART. Malam ini, satu lagi pasukan akan turut dihantar yang termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Antara lain, pasukan kita telah mewujudkan kemudahan hospital medan yang telah dipasang dan beroperasi di Turki," PM Anwar memberi kemas kini.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan