Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia harus fokus kepada pemulihan ekonomi dan lupakan PRU, kata Ketua Whip GPS

Anggaran Waktu Membaca:

BALIK PULAU: Lupakan hal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan fokus dahulu kepada usaha memulihkan keadaan ekonomi negara, kata Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Fadillah Yusof.

Cik Fadillah berkata beliau berpendapat mana-mana pihak dan parti politik perlu mengutamakan kepentingan negara dan rakyat melebihi kepentingan peribadi.

"Fokus kita sekarang adalah memulihkan ekonomi dan kewangan negara...sehingga kita mengukuhkan keadaan negara, rakyat berada dalam keadaan lebih baik, krisis kesihatan (pandemik COVID-19) ini dapat dijaga, baru kita lihat kepada PRU," kata beliau kepada wartawan hari ini (21 Mac).

Cik Fadillah berkata demikian ketika ditanya mengenai desakan pelbagai pihak untuk PRU15 diadakan tahun ini.

Beliau berkata langkah dan strategi yang perlu dilaksanakan pada masa ini adalah mengukuhkan kewangan supaya keadaan ekonomi negara menjadi lebih baik.

Namun, Cik Fadillah yang juga Menteri Kanan Kerja Raya berkata hal membabitkan PRU berkenaan adalah budi bicara dan bidang kuasa Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan