Kerajaan M'sia hanya perlu 24 jam pinda undang-undang berkenaan kalimah Allah, kata peguam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Malaysiakini/Muhkriz Hazim)
MALAYSIA: Kerajaan Malaysia hanya memerlukan 24 jam untuk meminda undang-undang bagi memastikan kalimah “Allah” hanya boleh digunakan oleh orang Islam di Semenanjung Malaysia dan kelonggaran diberikan terhadap orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak, kata seorang peguam.
Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, kerajaan tidak boleh melengah-lengahkan perkara itu berikutan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim sendiri mengumumkan demikian semasa persidangan Dewan Rakyat pada Selasa (23 Mei).

Dalam satu kenyataan menerusi video yang dimuat naik ke akaun Facebooknya semalam, Encik Haniff berkata adalah wajar kerajaan menyelesaikan hal itu dalam tempoh 24 jam kerana kerajaan persekutuan dan negeri menghadapi kekangan dalam memantau penggunaan kalimah AllaH, lapor Malaysiakini.
Encik Haniff berkata kerajaan tidak sepatutnya menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan berhubung kes Mahkamah Tinggi melibatkan warga Sarawak, Jill Ireland, yang menuntut hak menggunakan kalimah 'Allah' untuk tujuan agama dan pendidikan, memandangkan proses mahkamah pada masa itu boleh diteruskan sehingga ke mahkamah tertinggi.
"Tapi sekarang ini tanpa adanya rayuan dan tanpa adanya gubalan arahan baru, maka bagaimanakah pihak berkuasa dan majlis agama negeri masing-masing hendak melaksanakan tanggungjawab mereka (memantau penggunaan kalimah “Allah”)."
"Jika seperti yang dinyatakan Perdana Menteri adalah bersamaan dengan kedudukan kerajaan pada 1986, maka gubalan arahan ini tidak akan mengambil masa lebih daripada 24 jam boleh dilakukan secara serta merta dan tidak perlu dilengahkan lagi."
"Saya juga percaya bahawa rakan-rakan kami yakni pengamal undang-undang di pejabat peguam negara jauh berkebolehan dengan kepakaran dan pengalaman mereka untuk melakukan pindaan tersebut dengan sesegera mungkin," kata Encik Haniff, seperti dipetik laporan Malaysiakini.
Peguam itu berkata, langkah mempercepatkan pindaan itu adalah penting kerana 10 negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai enakmen yang melarang sebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.
Encik Haniff menegaskan susulan kes mahkamah itu, polis dan jabatan kastam serta pihak berkuasa agama negeri berdepan kekangan daripada segi penguatkuasaan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.