Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia gagal lucut hak RM80j barangan milik Najib, Rosmah

Kerajaan Malaysia pada Isnin (14 Nov) gagal dalam permohonan untuk melucut hak 2,435 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 beg tangan berjenama bernilai RM80 juta (S$23.7 bilion) yang disita dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa milik Najib Razak serta isterinya, Rosmah Mansor.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia gagal lucut hak RM80j barangan milik Najib, Rosmah

Rosmah Mansor (kiri), isteri kepada bekas perdana menteri Najib Razak, hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 14 Nov 2022 bagi mengikuti prosiding sambung bicara berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Encik Najib. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 14 Nov 2022 01:54PM Dikemas Kini : 14 Nov 2022 01:54PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia pada Isnin (14 Nov) gagal dalam permohonan untuk melucut hak 2,435 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 beg tangan berjenama bernilai RM80 juta (S$23.7 bilion) yang disita dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa milik Najib Razak serta isterinya, Rosmah Mansor.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin yang menolak permohonan pendakwaan selaku pemohon untuk melucut hak barangan tersebut yang disita oleh polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018.

Dalam penghakimannya, Encik Muhammad Jamil berkata pemohon gagal membuktikan kesemua barangan yang disita itu adalah hasil daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim itu juga menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menggantung pelaksanaan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan difailkan dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Encik Najib dan Cik Rosmah merupakan pihak ketiga dalam permohonan itu. Mana-mana pihak ketiga yang mendakwa mempunyai kepentingan ke atas barangan yang dirampas boleh hadir di mahkamah untuk mengemukakan alasan mengapa barangan itu tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.

Pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings untuk melucut hak barangan tersebut dan wang tunai berjumlah RM114,164,393 (S$33 juta) yang didakwa milik UMNO dan Encik Najib. Bagaimanapun, kerajaan gagal melucut hak wang itu.
 
Sumber : Bernama/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa