Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia diseru tangani isu agensi jual penginapan tidak berlesen

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia diseru tangani isu agensi jual penginapan tidak berlesen

(Gambar: Father's Organic Farm/Facebook)

SHAH ALAM: Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) menggesa agar kerajaan menyelesaikan ancaman kepada industri perhotelan dengan mengambil tindakan segera dan tegas terhadap agensi pelancongan online yang menjual penginapan tidak berdaftar dan berlesen.

Presiden MyBHA, Sri Ganesh Michiel berkata, tindakan itu perlu diambil terhadap pihak yang mengaburi pengguna atau pelancong, lapor Sinar Harian. 

Selain itu, katanya, satu rang undang-undang dalam mengawal selia penginapan kediaman jangka pendek juga harus diperkenalkan.

"Yang jelas ia telah gagal dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (26 Dis). 

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilapor berkata, tiga tapak perkhemahan yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali disahkan tidak berlesen.

Encik Kor Ming mengesahkan bahawa pengendali itu dibenarkan membuka ladang organik, tetapi tidak mengemukakan permohonan untuk mendirikan tapak perkhemahan, menurut Sinar Harian. 

Tambah Encik Sri Ganesh, dalam suasana penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), adalah amat mudah agensi penguatkuasaan untuk mencari, memantau, membimbing, menyediakan khidmat nasihat serta mengambil tindakan tegas terhadap penyedia penginapan yang gagal berdaftar atau berlesen.

"Ia tidak harus menjadi alasan oleh agensi-agensi terlibat dengan hanya menunggu aduan atau sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku sebelum mengambil tindakan.

"Kami ingin menyeru kepada pengguna dan pelancong untuk sentiasa memilih tempat penginapan yang berdaftar, berlesen dan selamat didiami," ujarnya, seperti dipetik Sinar Harian. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan