Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia dakwa dokumen diraja benarkan Najib jalani baki hukuman penjara di rumah tidak ditahan

Satu dokumen diraja yang dikatakan membenarkan mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah tidak pernah diselindungi, kata Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil pada Rabu (8 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia dakwa dokumen diraja benarkan Najib jalani baki hukuman penjara di rumah tidak ditahan

Gambar fail: Bernama

Diterbitkan : 08 Jan 2025 06:10PM Dikemas Kini : 08 Jan 2025 06:14PM
KUALA LUMPUR: Satu dokumen diraja yang dikatakan membenarkan mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah tidak pernah diselindungi, kata Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil pada Rabu (8 Jan).

Encik Fahmi yang juga jurucakap kerajaan, berkata di satu taklimat media bahawa beliau tidak pernah dimaklumkan atau menerima dokumen seumpamanya.

Istana Yang Di Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah yang memberi pengampunan kepada Najib dan mengurangkan hukumannya pada tahun lalu sebelum beliau berundur, pada 4 Januari lalu telah mengeluarkan dan kemudian mengesahkan kesahihan surat yang mengatakan dokumen itu wujud.

Namun, pasukan guaman Najib berkata kerajaan Malaysia tidak mengendahkannya.

Mahkamah Rayuan pada Isnin (6 Jan) membatalkan penolakan percubaan guaman Najib untuk mengakses dokumen tersebut yang mana beliau katakan akan membenarkannya untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Kes itu dikemukakan di mahkamah untuk didengar oleh seorang lagi hakim.

Encik Fahmi berkata kerajaan Malaysia tertakluk kepada prinsip subjudis dan akan menyerahkan kes Najib kepada proses kehakiman.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan