Skip to main content

Dunia

Kerajaan M'sia cadang warta 30 barangan di bawah Skim Harga Maksimum Aidilfitri

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia bercadang untuk mewartakan sebanyak 30 barang di bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sepanjang tempoh sambutan perayaan Aidilfitri.  

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub berkata perkara itu akan dibincangkan secara tuntas bersama semua pemain industri terutamanya yang terlibat dengan pembekalan barang mentah, barang kawalan dan barangan keperluan rakyat. 

Beliau berkata tempoh pelaksanaan SHMMP itu juga dicadangkan untuk diadakan pada tujuh hari sebelum perayaan, dua hari semasa dan pada tujuh hari selepas Aidilfitri serta akan mengumumkan perkara itu pada minggu hadapan.

“Hal ini bagi memberikan kelegaan kepada masyarakat untuk berbelanja bagi menyambut perayaan Aidifitri nanti,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara pada Selasa (28 Mac). 

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mewartakan sebanyak lapan jenis barangan bagi pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2023 bermula 15 hingga 29 Januari lalu.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita