Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia cadang tambah kuota harian VTL darat kepada 2,100 pelawat sehala

Kerajaan Malaysia bercadang untuk meningkatkan kuota harian pelawat warga Malaysia dan Singapura menerusi kemudahan Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL-Darat) kepada 2,100 orang sehala mengikut perkembangan situasi wabak COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia cadang tambah kuota harian VTL darat kepada 2,100 pelawat sehala

Antara kumpulan pertama penumpang VTL dari Singapura yang tiba di Stesen Larkin di Johor Bahru. (Gambar: CNA)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia bercadang untuk meningkatkan kuota harian pelawat warga Malaysia dan Singapura menerusi kemudahan Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL-Darat) kepada 2,100 orang sehala mengikut perkembangan situasi wabak COVID-19.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali berkata setakat ini, tempoh kuarantin tidak dikenakan terhadap pelawat ekoran kadar vaksinasi yang tinggi di kedua-dua negara.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan Malaysia sentiasa memantau situasi kesihatan semasa dan sekiranya terdapat sebarang petunjuk berkaitan COVID-19, Kementerian Kesihatan akan memberi nasihat yang sewajarnya.

"Sebab itu kita membuka sempadan ini secara berhati-hati dan tidak secara mendadak, serta jumlah kuota harian ketika ini masih ditetapkan 1,440 orang untuk satu hala dan pada 20 Dis ini, sekiranya situasi membenarkan, kita akan naikkan kepada 2,100 orang pengembara setiap hari, satu hala.

"Ini membuktikan bahawa kita masih lagi memantau situasi kesihatan semasa supaya pembukaan sempadan ini tidak akan membebankan mana-mana pihak dari segi kesihatan," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini (16 Dis).

Mohamed Azmin menjawab soalan tambahan Senator Jefridin Atan mengenai sama ada kerajaan bercadang mempertimbang tempoh kuarantin bagi pengguna kemudahan VTL sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kemasukan varian Omicron ke Malaysia.

Pada 14 Dis lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kenyataannya memaklumkan semua kategori pelawat warga Malaysia dan Singapura boleh memasuki kedua-dua negara menggunakan kemudahan VTL-Darat berkuat kuasa 20 Dis ini berikutan peningkatan permintaan orang ramai.

Sumber : Bernama/AW/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan