Kerajaan M'sia bercadang perkemas undang-undang berkaitan penggunaan kalimah Allah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Malaysiakini)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Selasa (23 Mei) berkata kerajaan sedang mengkaji untuk meminda atau membatalkan semua undang-undang yang bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja Melayu berhubung penggunaan kalimah Allah.
Menurut Encik Anwar, antara langkah itu ialah bagi membolehkan kalimah Allah hanya digunakan oleh orang Islam di Semenanjung Malaysia, manakala untuk bukan Islam di Sabah dan Sarawak diberikan sekatan.
Menafikan tindakan menarik balik rayuan kes mahkamah baru-baru ini sebagai suatu kelemahan, Encik Anwar berkata langkah berkenaan adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan ia tidak boleh dipertikaikan lagi mana-mana mahkamah, lapor Malaysiakini.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat atas pandangan yang diberikan Peguam Negara Idrus Harun.
"Kalau tidak, kita buat rayuan, (kemudian) kes berbangkit lagi kerana ada percanggahan (dalam undang-undang).
"Sebab itu kerajaan tamatkan dengan pinda semua peraturan (berkaitan) supaya jelas dan tidak ada kes boleh dibawa ke mahkamah.
"Bagi saya, ini lebih jelas ada kekuatan... (justeru) apa yang lemah?"
"Saya tak fikir munasabah dipolitikkan isu ini. Pendirian kerajaan hari ini dalam keputusan Jemaah Menteri adalah memperaku keputusan yang dibuat Majlis Raja-Raja Melayu,” kata Anwar seperti dipetik Bernama.
Pertikaian antara pihak kerajaan dengan pembangkang mengenai isu penggunaan kalimah Allah merujuk kepada kes dibawa penganut Kristian dari Sarawak, Jill Ireland, pada 2021, menurut laporan Malaysiakini.
Ia dirujuk ke mahkamah selepas pihak berkuasa merampas sejumlah cakera padat milik wanita berkenaan sewaktu dia tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada 11 Mei 2008.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Nor Bee Ariffin pada 10 Mac 2021 memutuskan kerajaan melakukan kesilapan semasa mengeluarkan larangan penggunaan kalimah "Allah" kepada masyarakat bukan Islam pada 1986.
Encik Anwar berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang menggesa kerajaan mewajarkan keputusan untuk menarik balik rayuan dalam kes Jil.
Awal dari itu, Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) membangkitkan pertanyaan asal mengenai adakah kerajaan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan berunding dengan majlis agama Islam negeri-negeri sebelum membuat keputusan menarik balik rayuan dalam kes kalimah Allah.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.