Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia banyak guna perkataan sastera namun isu kos sara hidup belum selesai

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan berkata "Masih banyak perlu diperbaiki".

Demikian responsnya ketika ditanya tentang prestasi Kerajaan Perpaduan menjelang 100 hari pentadbirannya.

Tegas Encik Wan Saiful, banyak retorik dikeluarkan dan banyak juga perkataan sastera baru namun isu pokok melibatkan rakyat masih belum diselesaikan, lapor Astro Awani.

“Banyak retorik-retorik yang dikeluarkan, banyak perkataan sastera baru yang digunakan tapi penyelesaian untuk rakyat, kita belum nampak. Rakyat merintih di luar sana, minta KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) bersasar."

“Duit mereka, bukan duit kerajaan, tak susah pun nak diberikan tapi tidak dilayan oleh kerajaan. Begitu juga perkara lain, seperti elaun sara hidup untuk nelayan, diminta naikkan dari RM300 (S$91) ke RM500 (S$152), juga tiada layanan daripada kerajaan…banyak lagi lah."

“Jadi saya rasa penyelesaian mengenai kos sara hidup rakyat belum dapat dilahirkan secara tuntas oleh kerajaan sekarang dan saya harap akan ada perubahan selepas ini,” katanya ketika ditemui di Bangunan Parlimen, baru-baru ini.

Tambah beliau, kerajaan Malaysia harus memberikan tumpuan kepada isu kos sara hidup rakyat, menurut laporan Astro Awani.

Menurutnya, beliau faham kerajaan sekarang sedang cuba melahirkan idea-idea baru untuk menyelesaikan isu tersebut namun tidak boleh mengambil masa terlalu lama.

Encik Wan Saiful juga mencadangkan kerajaan menyediakan platform buat pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyampaikan pandangan mereka berkaitan Malaysia.
 
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan