Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Melaka mohon PM Anwar Ibrahim kaji semula keputusan projek tebatan banjir

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Melaka mohon PM Anwar Ibrahim kaji semula keputusan projek tebatan banjir

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali (Gambar: BERNAMA)

MELAKA: Kerajaan Melaka memohon Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengkaji semula keputusan projek rancangan tebatan banjir (RTB) bernilai RM7 bilion (S$2.16 bilion), yang tidak diteruskan baru-baru ini.

Ketua Menteri Sulaiman Md Ali berkata ia berikutan masalah banjir menjadi isu utama di negeri itu dan sekiranya ditangguh atau disiasat semula, ia dilihat akan menjejas usaha mengurangkan masalah tersebut.

“Di Melaka terdapat empat atau lima projek RTB ini yang sudah bermula sejak September dan ada dilaksanakan melalui rundingan terus, juga ada yang melalui proses tender, kerana ia khusus untuk mengurangkan masalah banjir.

“Saya mohon pertimbangan semula dan melihat semula kawasan-kawasan projek RTB ini yang perlu segera disiapkan,” katanya kepada pemberita di Duyong, Melaka pada Khamis (8 Dis). 

Mengulas lanjut, Encik Sulaiman berkata Melaka menerima kelulusan peruntukan berjumlah RM932 juta (S$287 juta) bagi melaksanakan projek RTB, bagi mengatasi masalah banjir di kawasan berisiko yang dikenal pasti.

Beliau berkata antara projek RTB yang sudah diluluskan sebelum ini ialah di Krubong, RTB Sungai Duyong, RTB Alor Gajah, RTB Jasin dan RTB Merlimau.

Sebelum ini, media melaporkan Encik Anwar mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion (S$2.16 bilion), daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion (S$4.63 bilion) yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender untuk diteliti semula.

Encik Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kelulusan peruntukan itu tidak akan diteruskan dan akan diteliti semula supaya terdapat prinsip ketelusan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan