Kerajaan Malaysia tidak tangguh pelaksanaan lesen media sosial mulai 2025
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (tengah). (Gambar: Aqil Haziq Mahmud/CNA)
SEPANG: Kerajaan Malaysia tidak berhasrat untuk menangguhkan pelaksanaan kerangka kawal selia untuk melesenkan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet mulai 1 Januari tahun depan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, malah, Kerajaan Malaysia kekal dengan berpendirian bahawa platform media sosial dan sistem pesanan internet perlu dikenakan rangka kawal selia untuk menjamin internet lebih selamat untuk rakyat negara tersebut terutama kanak-kanak dan keluarga.
Menurut beliau, sewaktu perbincangannya bersama wakil syarikat platform media sosial dan pesanan internet di Singapura baru-baru ini, mereka memberi pandangan yang positif dan kekal dengan pendirian itu.
Dalam hal ini, beliau hairan atas tindakan Gabungan Internet Asia (AIC) mengutuskan surat terbuka termasuk kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu dan memohon untuk menangguhkan pelaksanaan pelesenan itu.
“Ia agak pelik malah agak janggal apabila syarikat Grab mengeluarkan kenyataan, mereka tak ada kaitan dengan surat AIC, tak dibincang dan ini kita serah kepada AIC untuk menjawab.
“Saya bersikap terbuka (untuk berbincang), sejujurnya saya bersedia untuk bertemu dengan pihak AIC atau mana-mana pihak sekalipun, mungkin AIC belum memberikan maklumat dan taklimat mengenai garis masa yang kita telah tetapkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Temu Mesra Masyarakat Kampung Orang Asli Kelinsing pada Selasa (27 Ogos), dipetik daripada agensi berita Utusan Malaysia.
AIC menerusi surat terbuka kepada Perdana Menteri itu meminta kerajaan menangguhkan rancangan mewajibkan permohonan lesen oleh semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurang lapan juta pengguna berdaftar di negara tersebut.
AIC yang anggotanya termasuk Google, Meta, X, Apple Inc, Amazon dan Grab, mendakwa langkah pelesenan itu ‘tidak boleh dilaksanakan’ bagi industri berkenaan dan boleh mengekang inovasi dengan meletak beban tidak wajar terhadap perniagaan, lapor Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, anggota gabungan itu, Grab menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya tidak terbabit dalam perihal surat terbuka AIC kepada Perdana Menteri tersebut Jumaat lalu dan pihaknya tidak dimaklumkan atau dirunding berhubung surat berkenaan yang menyentuh mengenai kerangka kawal selia kerajaan ke atas platform media sosial dan pesanan Internet.
Dalam pada itu, Encik Fahmi berkata, pihak MCMC juga sudah memberikan ruang kepada AIC untuk menyampaikan pandangan pada Mei lalu tetapi mereka meminta untuk dilanjutkan sehingga beberapa kali.
Beliau berkata, Kerajaan Malaysia juga turut mengambil pandangan daripada beberapa negara berhubung pelaksanaan rangka kawal selia itu termasuk di negara-negara barat seperti Britain setelah berlakunya rusuhan di sana.
“Mereka merasakan platform-platform ini perlu diperketat segera. Semalam pun saya bertemu dengan mantan Pesuruhjaya Tinggi UK ke Malaysia, beliau sendiri berkata bahawa langkah Kerajaan Malaysia mempertimbangkan dan mengenakan rangka kawal selia dan melesenkan platform-platform ini adalah langkah betul,” katanya, menurut Utusan Malaysia.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.