Kerajaan Malaysia tidak cadang lanjutkan tempoh kemasukan pekerja hijrahan termasuk dari Bangladesh
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
NIBONG TEBAL: Kerajaan Malaysia tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh kemasukan pekerja asing ke negara itu menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0, termasuk dari Bangladesh, yang berakhir pada 31 Mei lalu.
Menteri Dalam Negeri Malaysia, Saifuddin Nasution Ismail berkata ini berikutan tempoh yang diberikan oleh Malaysia adalah munasabah untuk menguruskan segala prosedur kemasukan pekerja asing.

“Pada ketika kita tetapkan tarikh itu (31 Mei), kita mengambil kira semua proses, bermakna bermula dari kuota diluluskan, pemeriksaan kesihatan, mendapatkan visa dan mengatur tiket.
“Ternyata baru-baru ini, jumlah kemasukan lebih 20,000 pekerja asing dalam masa empat hari (28 hingga 31 Mei) dan apabila kita semak antara yang masuk itu, kelulusan visa itu diperoleh November tahun lepas.
“Isunya kenapa tunggu sampai 31 Mei untuk bawa masuk,” katanya kepada para wartawan selepas Program Lawatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Ahmad Fuzi Abdul Razak ke Penjara Seberang Perai.
Encik Saifuddin berkata, mengikut unjuran jumlah dengan trend kemasukan lebih 20,000 baru-baru ini, Malaysia akan mempunyai lebih 2.6 juta pekerja asing menjelang Disember ini, melebihi sasaran Unit Perancang Ekonomi (EPU) iaitu 2.5 juta pekerja asing.
Beliau berkata, kemasukan pekerja asing telah mencecah sasaran keperluan tenaga asing bagi sektor pengilangan, pembinaan dan perkhidmatan manakala bagi sektor perladangan dan pertanian, kerajaan akan memproses mengikut kelulusan kuota yang sedia ada buat masa ini tanpa melibatkan kelulusan baharu dan berdasarkan kes.
Media tempatan melaporkan Bangladesh memohon kepada Malaysia untuk melanjutkan tempoh kemasukan supaya hampir 17,000 pekerja Bangladesh yang diluluskan visa tetapi terlepas tarikh akhir 31 Mei boleh masuk ke Malaysia.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.