Kerajaan Malaysia tidak akan anjur rumah terbuka Aidilfitri; lawatan luar negara menteri dihadkan
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun ini, sebagai langkah berjimat cermat susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik di Asia Barat.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri itu bertujuan memberi mesej jelas bahawa kerajaan komited mengambil pendekatan lebih sederhana dan berhemat dalam perbelanjaan.
“Sebagai petanda supaya pimpinan memulakan langkah yang lebih positif, saya telah memutuskan bersama dengan Jemaah Menteri tadi supaya semua agensi kerajaan dan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) tidak akan menganjurkan perayaan rumah terbuka.
“Ada yang bertanya kalau keadaan terkawal, harga dan barang keperluan seperti minyak dan gas masih boleh disediakan dan mencukupi, apa keperluan kita (untuk) waspada dan berjimat?
"Saya kata ini langkah waras bagi kita supaya jangan nanti terjebak dengan keadaan lebih parah. Jadi sebaiknya ambil sikap sederhana, lebih bertanggungjawab,” kata Encik Anwar yang juga Menteri Kewangan, di sidang media khas perkembangan mutakhir konflik di Asia Barat hari ini (12 Mac).
Selain pembatalan majlis rumah terbuka, Encik Anwar berkata menteri dan anggota pentadbiran turut dihadkan daripada melakukan lawatan ke luar negara, kecuali bagi urusan yang telah dijadualkan atau wajib dihadiri.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan di Asia Barat dan merancang langkah untuk memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.